Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Penjaga Tandas' dunia dari Singapura antara 17 diberi penghormatan antarabangsa

Jul 18, 2016 | 10:43 AM



PENGASAS Pertubuhan Tandas Dunia, Encik Jack Sim, antara 17 pembawa perubahan sosial yang diberi penghormatan di Sidang Puncak Novus, yang kali pertama dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Ahad (17 Julai).



Beliau antara tokoh seperti jurutera dan usahawan Anousheh Ansari, wanita Iran yang pertama pergi ke angkasa; timbalan pengarah eksekutif Wanita PBB, Cik Lakshmi Puri; dan wartawan Matthew Bishop, editor perniagaan Amerika Syarikat dan ketua biro New York majalah berita The Economist.



Sidang puncak itu, yang diadakan di New York City di Dewan Perhimpunan Agung PBB, dianjurkan bersama Jabatan Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB sempena Forum Politik Peringkat Tinggi bagi Pembangunan Mampan PBB.



Ia bertujuan mengumpulkan aktivis kemanusiaan dan pembawa pembaharuan bagi memajukan matlamat pembangunan mampan PBB.



Encik Sim, 59 tahun, mengasaskan Pertubuhan Tandas Dunia (WTO) pada 2001 untuk berkempen bagi taraf kebersihan lebih baik dalam tandas di seluruh dunia.



Bekas ahli perniagaan itu mencipta nama di pentas dunia pada 2013, apabila Perhimpunan Agung PBB bersetuju menerima pakai resolusi menandakan 19 Nov sebagai Hari Tandas Sedunia, selepas beliau mencadangkannya kepada Kementerian Ehwal Luar Singapura kira-kira empat tahun sebelum itu.



Pada November lalu, beliau memulakan Kolej Tandas Sedunia di India untuk mendidik penduduk tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat - daripada pekerja sanitasi kepada pegawai kerajaan - tentang pembersihan dan penyenggaraan tandas, dan kepentingan kebersihan baik.



Matlamat kolej itu ialah mendekati 100,000 orang di Rishikesh, New Delhi dan Andhra Pradesh.



Encik Sim juga sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Andhra Pradesh untuk membina enam juta tandas di sana.



Pada 2008, beliau diiktiraf sebagai Wira Alam Sekitar majalah Time.



Satu pertiga penduduk dunia masih tidak mempunyai akses kepada sanitasi lebih baik hari ini, dengan kira-kira satu bilion orang terpaksa buang air besar di tempat terbuka.



Sanitasi buruk menyebabkan penyakit cirit-birit, yang membunuh lebih ramai kanak-kanak setiap tahun daripada Aids, malaria dan campak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >