Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN FB LIVE BH MENGENAI KOS SARA HIDUP

Penjaja cari jalan tingkat jumlah makanan bagi tangani inflasi

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak makanan dijual, lebih rendah kos perniagaan yang membantu meredakan kenaikan inflasi ketika ini.



Lantas, penjaja Nur Indah Kitchen di Bedok Corner dan Bedok South, Cik Roziah Adon cuba pelbagai cara bagi meningkatkan makanan yang dijual di gerai-gerainya.



"Jika kita masak 10 kilogram beras berbanding lima kilogram beras, bahan lain yang ditambah tidak banyak tetapi hidangan makanan yang dapat kita jual adalah lebih banyak dan ini membantu kita," kata Cik Roziah, yang mengongsi cara beliau menangani kenaikan inflasi dalam FB Live anjuran Berita Harian (BH) malam kelmarin yang mengupas isu kenaikan kos sara hidup akibat inflasi.



Kenaikan inflasi telah meningkatkan kos bahan makanan seperti harga minyak dan ia tentunya menjejas keuntungan yang diraihnya.



Sejak dua bulan lalu, beliau berkata harga minyak masak naik kepada $37 dari $34 bagi 17 liter. Harga beras 25 kilogram kini berharga $54, dari $51.



Secara keseluruhan, perbelanjaannya meningkat 7-10 peratus.



Untuk meningkatkan jumlah makanan yang dijual, beliau telah mengambil inisiatif seperti menghantar makanan kepada para pekerja barisan hadapan tanpa bayaran penghantaran sewaktu Singapura tidak benarkan pelanggan menjamu selera di pusat makanan.



"Dari situ, saya dapat banyak tempahan dan melalui rekomendasi satu jabatan ke jabatan lain, tempahan makanan saya meningkat," katanya.



Beliau juga kerap bekerja sama dengan pertubuhan yang menyediakan makanan bagi golongan yang memerlukan, serta masjid-masjid.



Dengan cara itu, ia meningkatkan jenama Nur Indah Kitchen yang membolehkan beliau menarik lebih ramai pelanggan, tambahnya, yang menjual ayam penyet di Pusat Penjaja Bedok Corner dan roti prata di Pusat Penjaja Bedok South.



Selain harga bahan makanan, beliau berkata bil elektrik, gas dan api di setiap gerai juga telah meningkat kepada $2,700 dari $2,300 sebulan.



Dalam FB Live itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh dan juga Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat berkata inflasi itu akan terus meningkat bagi beberapa bulan mendatang disebabkan perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan rombakan digital yang meningkatkan permintaan produk di peringkat sejagat.



Bagi meredakan kesan inflasi, beliau berkata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengambil langkah meningkatkan dolar Singapura agar harga import lebih murah, dan mempelbagaikan sumber makanan, termasuk menanam sayur-sayuran dan ternakan ikan secara domestik.



Aplikasi Price Kaki juga diperkenalkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) juga membolehkan pengguna membandingkan harga barangan.



Pemerintah juga memberikan bantuan kepada keluarga terutama golongan berpendapatan rendah melalui skim-skim seperti ComCare, dan baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), serta inisiatif seperti Baucar Barang Dapur.



Ketua Pekerja Khidmat Sosial di AMP Singapura, Encik Saiful Nizam, yang membantu keluarga berpendapatan rendah menasihati mereka mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan.



"Mereka boleh perhatikan perbelanjaan mereka dan bezakan kemahuan dan keperluan. Mereka juga boleh kenal pasti jika boleh tukar pelan telko yang lebih murah dan gunakan aplikasi seperti Price Kaki bagi mencari bahan makanan dengan harga lebih rendah. Kita tidak mahu dalam keadaan ini, mereka terjerat dengan masalah hutang apabila perbelanjaan meningkat. Jadi, jika ia berlaku dapatkan segera bantuan Pusat Nasihat Hutang (DAC) AMP," katanya.



Merumuskan sesi FB Live itu, Encik Saktiandi menggariskan tiga 'P' dalam mengharungi kenaikan inflasi.



"Di sebalik kenaikan inflasi,



'P' pertama ialah pertolongan yang ada bukan sahaja disediakan oleh pemerintah tetapi juga pertubuhan lain bagi membantu mereka . 'P' kedua ialah pertumbuhan. Kita harus pastikan ekonomi Singapura terus tumbuh. 'P' ketiga ialah pekerjaan yang baik. Dengan pertumbuhan ekonomi, pekerjaan yang baik dapat dijana bagi memberikan gaji yang baik bagi warga setempat bagi menangani kenaikan inflasi,'' jelas Encik Saktiandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >