Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjaja makanan ayam mula naikkan harga jualan

May 31, 2022 | 05:30 AM



PENJAJA makanan ayam berkata mereka mula menaikkan harga makanan antara 15-20 peratus kerana bekalan ayam segar kini terhad sejak Malaysia mengumumkan menghentikan eksport ayam mulai 1 Jun.



Kenaikan harga makanan ayam itu bukan sahaja disebabkan bekalan ayam segar terhad dan harga lebih tinggi tetapi juga kerana harga ayam beku juga meningkat berikutan permintaan yang semakin meningkat.



Pemilik gerai Geylang Serai Nasi Ayam Bubur Ayam, Encik Suhaimi Sulaiman telah menaikkan harga makanannya sebanyak 50 sen.



Semangkuk bubur ayam kini dijual pada harga $3.50 berbanding $3 sebelum ini.



Sepinggan nasi ayam pula dijual pada harga $4.50 berbanding $4 sebelum ini.



"Saya telah pun menaikkan harga saya secara perlahan-lahan sejak Mac dan saya jangkakan ia akan meningkat lebih banyak lagi pada masa akan datang.



"Namun, buat masa ini hanya harga ayam sahaja yang naik dan bukan bahan-bahan yang lain. Oleh itu, saya rasa tidak perlu bagi saya untuk meningkatkan harga makanan saya keterlaluan," jelasnya.



Beliau menjelaskan hampir semua bekalan ayamnya diperolehi daripada kedai Ah Lam Poultry di Pasar Geylang Serai.



Malangnya, dengan kekurangan sumber ayam yang segar, Encik Suhaimi berkata beliau mungkin akan beralih kepada ayam beku.



Namun, beliau prihatin kerana ia mungkin menjejas rasa makanan yang beliau selalu tawarkan.



Di tanya sekiranya beliau bimbang dengan reaksi daripada pelanggan beliau berkata:



"Sehingga kini saya tidak khuatir.



"Saya yakin bahawa pelanggan kami memahami keadaan dan akan terus membeli makanan daripada gerai saya."



Kenaikan harga ayam bukan sahaja menjejas ayam segar tetapi juga mempengaruhi harga ayam beku berikutan permintaan yang semakin meningkat.



Cik Jumaiah Amir, pemilik gerai makanan Maya Pesona Chicken Rice, yang mendapatkan bekalan ayam beku daripada Brazil berkata pembekalnya telah menaikkan harga ayam beku sebanyak $1 untuk satu ayam sebelum bulan Ramadan.



"Disebabkan harga ayam yang meningkat, saya pun terpaksa naikkan harga nasi ayam kami sebanyak 50 sen," katanya sambil menambah bahawa beliau akan terus memantau keadaan sekiranya kos bekalan ayamnya terus meningkat.



Cik Jumaiah kini menempah sebanyak 60 ekor ayam untuk menyediakan kira-kira 240 pinggan Nasi Ayam sehari.



Sepinggan nasi ayam yang sebelum ini berharga $4.50, kini adalah $5.



"Jika boleh saya tidak ingin meningkatkan lagi harga nasi ayam saya.



"Ramai yang datang ke gerai saya untuk mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan.



"Jika saya menaikkan harga lagi, mereka yang memerlukan mungkin tidak dapat membeli makanan saya," jelasnya.



Bagi mereka yang kini mula untuk memasak di rumah untuk berjimat, penyedia platform pasar raya secara dalam talian, OurPasar kini menyediakan beraneka resipi untuk orang ramai mencuba di rumah.



Pengarah pembangunan perniagaan dan pemasaran OurPasar Essentials, yang mengendalikan laman perdagangan elektronik OurPasar, Encik Qamarul Solihien Daud berkata:



"Kami telah memperkenalkan resipi-resipi baru di mana orang ramai dapat menggunakan bahan berlainan seperti daging, ikan dan juga sayur-sayuran.



"Selain itu, resipi yang kami tawarkan juga termasuk ayam beku yang orang ramai boleh mendapatkan di laman web kami," katanya. - Laporan tambahan DANIAL FHARICK dan HADIF AIMAN HERMAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >