Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjaja yang hadapi masalah bekalan, termasuk penjual ayam akan dibantu

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan agensi pemerintah telah mendekati penjaja yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan makanan, terutamanya penjual ayam, untuk membantu mereka menyesuaikan diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong berkata agensi pemerintah, termasuk Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA), sedang membantu penjaja yang terjejas untuk melihat sama ada mereka boleh menjual ayam beku, contohnya, atau bekalan makanan lain supaya perniagaan mereka dapat diteruskan.



"Namun, bagi mereka yang benar-benar terjejas dan tidak dapat menyesuaikan diri, kami mempunyai bantuan sedia ada untuk mereka melalui ComCare, melalui geran pemulihan Covid," kata beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Encik Wong berkata demikian di Parlimen semalam ketika menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai sama ada pemerintah dapat menyediakan bantuan khusus bagi sektor atau golongan peniaga tertentu yang terjejas oleh perubahan dalam rantaian bekalan.



Menyusuli pengumuman Malaysia untuk memberhentikan eksport ayam pada Mei lalu, perniagaan ramai penjual ayam di Singapura terjejas, dengan syarikat pengimport ayam di sini mempercepatkan usaha mendapatkan bekalan dari negara lain, seperti Australia dan Thailand.



Kerajaan Malaysia telah menghentikan eksport ayam ke Singapura pada Jun 1 lalu sebagai antara usaha untuk mengawal harga dan bekalan ayam di negara itu.



Singapura mengimport hampir 73,000 tan ayam pada 2021 - lebih satu pertiga daripada bekalan ayamnya dari Malaysia.



Ayam adalah daging paling banyak dimakan di Singapura, dengan penggunaan per kapita sebanyak 36 kilogram pada 2020, menurut data SFA.



Sejak itu, Malaysia pada pertengahan bulan lalu telah membenarkan Singapura untuk membawa masuk ayam kampung dan ayam hitam yang hidup, namun eksport ayam segar masih dilarang.



Baru-baru ini, SFA mengumumkan bahawa Indonesia telah diluluskan sebagai sumber daging ayam beku, sejuk dan diproses baru bagi negara ini.



Encik Wong berkata meskipun terdapat mekanisme bantuan sedia ada bagi peniaga yang terjejas, cara lebih baik untuk membantu mereka melebihi pertolongan tersebut adalah dengan memastikan peniaga menjadi lebih berdaya tahan dan dapat menyesuaikan diri terhadap kejutan yang boleh berlaku pada masa depan.



"Ini satu proses berterusan yang akan terus kita lakukan untuk membina keupayaan penjaja kita, perusahaan kecil dan sederhana kita, agar mereka menjadi lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi gangguan masa depan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >