Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 11 bulan buat lelaki yang mencuri bendera kedutaan Saudi, tendang nenek dan curi minuman

Oct 27, 2021 | 05:37 PM



SEORANG lelaki Singapura yang mencuri bendera Arab Saudi daripada tiang bendera di luar pejabat kedutaan negara berkenaan, mencuri dan menendang neneknya dipenjara 11 bulan kerana kesalahan tersebut.



Mohammad Halimun Mohammad Shaifful, 33 tahun, mengaku bersalah di atas kesalahan tersebut di mahkamah pada Rabu (27 Oktober).



Mahkamah diberitahu bahawa Halimun menarik bendera itu daripada tiangnya di luar pejabat Kedutaan Arab Saudi di Penang Road pada 1 Ogos sekitar 12.30 tengah hari.



Pihak kedutaan telah menghubungi polis bagi melaporkan tentang kehilangan bendera itu dua hari selepas itu, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Seah Ee Wei.



Identiti Halimun kemudian dikenal pasti menerusi keratan televisyen litar tertutup dan dia kemudian diberkas pada 5 Ogos sekitar 2 pagi di Connaught Drive. Bendera yang dicuri ditemui dalam begnya.



Enam jam sebelum dia mencuri bendera itu, Halimun mengambil sebotol minuman ringan berharga $2.50 daripada pasar raya FairPrice Xpress di Peace Centre dan beredar tanpa membayarnya.



Mahkamah diberitahu semua kakitangan pasar raya itu yang merupakan wanita takut bersemuka dengan Halimun. Ketua pasukan kemudian menghubungi polis bagi melaporkan tentang kecurian berkenaan.



Sekitar dua bulan sebelum itu, pada 16 Jun, Halimun sedang menyiapkan makanan di dapur apabila neneknya yang berusia 81 tahun dan mempunyai demensia serta memerlukan tongkat untuk bergerak memasuki ruang dapur untuk ke tandas.



Neneknya itu berada di belakangnya apabila Halimun tiba-tiba menoleh ke arah wanita itu dan menendangnya di bahagian pinggul serta menampar mukanya.



Nenek itu terpekik kesakitan sedang pembantu rumah keluarganya membantunya dengan memegang nenek itu dan membawanya semula ke ruang tamu. Bapa Halimun dipanggil.



Halimun dihalau bapanya dan tidak dibenarkan pulang. Seorang anggota keluarganya membuat laporan polis pada hari yang sama.



Halimun mempunyai senarai panjang kesalahan termasuk mencuri dan menakut-nakutkan orang lain.



Meminta agar hukuman antara enam hingga lapan bulan penjara dikenakan ke atasnya kerana mencuri bendera itu, DPP Seah berkata: "Yang tertuduh mencuri bendera kedutaan, tidak menghormati simbol kebangsaan Arab Saudi dan membahayakan hubungan diplomasi Singapura dengan negara ini."



Melihat pada kesalahannya sebelum ini, DPP Seah telah meminta agar hukuman penjara antara tiga hingga lima bulan kerana sengaja menyakiti neneknya yang lemah dikenakan serta hukuman empat hingga enam bulan kerana mencuri turut diberi.



Halimun yang tidak diwakili peguam muncul di mahkamah menerusi pautan video dan tidak berkata apa-apa dalam rayuannya.



Hukumannya bermula dari 5 Ogos.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >