Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Penjara 12 minggu buat lelaki yang berkongsi video seks bersama temanita dengan sepupu wanita berkenaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penjara 12 minggu buat lelaki yang berkongsi video seks bersama temanita dengan sepupu wanita berkenaan

Dec 09, 2021 | 06:58 PM

SEORANG lelaki Bangladesh yang merakam videonya mengadakan hubungan seks dengan wanita yang dahulunya merupakan temanitanya dipenjara 12 minggu kerana berkongsi klip video itu bersama sepupu si wanita menyusuli satu pertengkaran.

Hukuman itu dijatuhkan pada Khamis (9 Disember) selepas dia mengaku bersalah mengedar rakaman intim wanita itu tanpa kebenarannya.

Lelaki ini tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Melissa Lee berkata pasangan ini berada dalam hubungan romantis sejak 2018.

Mereka mengadakan hubungan seks yang dirakam menerusi telefon bimbit lelaki itu.

Mahkamah diberitahu mangsa ini awalnya membenarkan lelaki itu merakam video mereka tetapi kemudian memintanya agar membuang klip tersebut. 

Permintaan wanita itu tidak dipedulikan tetapi dia berbohong video itu sudah tiada lagi di telefon bimbitnya.

Sekitar 20 September lalu, pasangan ini bertengkar kerana wang dan hubungan mereka.

Wanita itu mula menyekat lelaki berkenaan daripada pesanan WhatsApp-nya.

Sekitar 4.40 petang pada 26 September, klip video seks itu dikongsi bersama sepupu wanita itu walaupun diketahui ia akan memalukan wanita berkenaan.

Kata DPP Lee: “Si tertuduh melakukan demikian kerana ingin mangsa berbual dengannya memandangkan dirinya sudah disekat di WhatsApp.”

Mangsa melaporkan perkara ini kepada polis keesokan harinya.

Di dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Marvin Bay berkata kes ini melibatkan pelanggaran kepercayaan yang besar kerana mangsa awalnya membenarkan si tertuduh merakam video mereka.

Kerana sengaja mengedar rakaman video intim wanita tanpa kebenarannya, si tertuduh boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda, disebat atau menerima gabungan hukuman yang disenaraikan ini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3