Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 14 bulan bagi lelaki cabul adik ipar berulang kali

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang mencabuli kehormatan adik iparnya berulang kali semasa wanita itu tidur dijatuhi hukuman penjara 14 bulan semalam.



Pemandu kereta sewa privet berusia 28 tahun mengaku salah bagi tiga tuduhan pencabulan.



Namanya tidak boleh disiar bagi melindungi identiti mangsa.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Esther Wong berkata lelaki itu dan isterinya tinggal di satu flat bersama anggota keluarga lain, termasuk mangsa, yang berusia 25 tahun.



Dia mencabuli adik iparnya itu sekitar 6.30 pagi pada Julai 2019 semasa mangsa tidur di sofa di ruang tamu. Wanita itu tidak terbangun daripada tidurnya, lapor The Straits Times.



Pada 22 September tahun itu, tertuduh pulang ke rumah sekitar 4 pagi daripada kerja dan melakukan kesalahan itu lagi semasa mangsa tidur di ruang tamu.



Dia mencabuli wanita itu beberapa kali hingga beliau terbangun.



Mahkamah diberitahu wanita itu tidur kembali sebelum keluar bekerja sekitar 11 pagi itu.



Beliau memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lima jam kemudian dan melihat abang iparnya mencabulinya.



Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Marvin Bay berkata wanita itu dicabuli di rumah, tempat yang dianggap beliau sebagai selamat.



"Tertuduh tidak akan dipertanggungjawabkan bagi tindakannya itu kecuali dengan keberanian mangsa memeriksa CCTV, yang merakam tertuduh melakukan kesalahan itu," kata Encik Bay.



Ikat jamin lelaki itu ditetapkan $15,000 semalam.



Dia diarah menyerah diri di Mahkamah Negara pada 8 April untuk mula menjalani hukumannya.



Bagi setiap tuduhan mencabul, seseorang pesalah boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan denda atau sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >