Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 16 tahun, 4 bulan bagi kes pecah amanah bekas pekerja Shell

Jan 18, 2023 | 07:41 PM



SEORANG pelaku utama dalam apa yang disifatkan sebagai kes kecurian gas marin terbesar di Singapura, telah meraih sekurang-kurangnya $1.4 juta hasil daripada penyelewengan gas marin itu.


Tiah Koh Hwee, 46 tahun, yang melakukan kesalahan tersebut semasa dia bekerja untuk syarikat minyak Shell, kemudian menggunakan hasil tersebut bagi membeli jam tangan mewah, hartanah asing dan kereta. 


Dia dihukum penjara 16 tahun dan empat bulan pada Selasa (17 Jan) selepas mengaku bersalah terhadap 20 tuduhan pecah amanah membabitkan hampir AS$69 juta ($94 juta) menurut dokumen mahkamah.


Dia juga mengaku bersalah terhadap empat tuduhan berurusan atas tujuan menjalankan jenayah membabitkan lebih $4.2 juta. 


Sebanyak 28 tuduhan lain diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya Joshua Phang berkata bahawa Tiah bukanlah dalang utama di sebalik kesalahan tersebut.


“Tertuduh (sebaliknya) memainkan peranan penting di dalam konspirasi ini, di mana dia merupakan pekerja berpengalaman yang boleh melaksanakan kerja di lapangan dan kerja panel bagi melanjutkan skim tersebut,” katanya.


Salah seorang dalang utama, Juandi Pungot, bekas pekerja Shell berusia 46 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 29 tahun pada Mac 2022 kerana mencuri minyak bernilai hampir $128 juta.


Kes-kes melibatkan mereka yang disyaki terbabit – termasuk Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram dan Abdul Latif Ibrahim – masih menanti keputusan.


Tiah telah menyertai Shell pada 2005 sebagai teknisyen pemprosesan. 


Dia merupakan ahli pasukan bagi pekerja di Shell Pulau Bukom yang dipanggil Pasukan D, yang mana fungsi utama mereka termasuk mengisi produk bahan api ke dalam kapal.


Timbalan Pendakwa Raya Phang dan Ryan Lim dalam dokumen mahkamah berkata:

“Konspirasi bagi menyeleweng minyak gas dari Shell dimulakan oleh Juandi dan (Latif) pada 2007.


“Antara 2008 dengan pertengahan 2013, Juandi dan Latif meluaskan skop jenayah mereka dan mengambil… individu dari Pasukan D untuk menyertai konspirasi tersebut.” 


Ikat jamin bagi Tiah ditetapkan sebanyak $550,000 dan dia diarah menyerah diri di Mahkamah Negara pada 8 Februari untuk memulakan hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >