Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 17 bulan buat pembantu rumah yang rakam dan kongsi video bogel warga emas

Jan 28, 2022 | 12:19 AM



SEORANG pembantu rumah yang ditugaskan menjaga warga emas yang lemah menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video lelaki itu tanpa pakaian.



Mahkamah diberitahu wanita Indonesia itu kemudian berkongsi salah satu klip video itu bersama pihak yang tidak dikenali menerusi platform pesanan WhatsApp.



Dia merakam klip kedua dengan menggunakan fungsi rakaman video pada aplikasi video ringkas TikTok yang dimuatturunkan dalam telefon bimbitnya.



Pada Khamis (27 Januari), wanita 33 tahun itu dihukum penjara 17 bulan setelah dia mengaku bersalah di atas dua tuduhan merakam mangsa dalam keadaan bogel tanpa keizinannya.



Dia juga mengaku bersalah di atas dua tuduhan dengan sengaja menyebar rakaman itu tanpa izin warga emas itu.



Pembantu rumah yang namanya sudah disunting daripada dokumen mahkamah tidak boleh dikenal pasti kerana perintah mahkamah bagi melindungi identiti lelaki berusia 74 tahun itu.



Mahkamah diberitahu mangsa dikesan dengan beberapa kondisi kesihatan pada Disember 2019. Ini termasuk berbilang bengkak bernanah di otak.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Foong Ke Hui, berkata: "Mangsa ini, kerana sebab kelemahan fizikalnya tidak dapat melindungi dirinya daripada penderaan, diabai atau terabai."



Anak lelaki mangsa menggajikan pembantu rumah itu yang mula bekerja di flat Punggol mereka pada 1 Februari 2020.



Pembantu rumah itu bersama warga emas itu di bilik air pada bulan yang sama dia diambil bekerja. Dia kemudian menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video warga emas itu dalam keadaan bogel.



Di dalam klip sembilan minit itu, dia kelihatan sedang menatap dan tersenyum di kamera.



Dia kemudian mengirim video itu kepada pihak yang tidak dikenali menerusi WhatsApp.



Pada Januari tahun lalu, dia merakam satu lagi klip sepanjang seminit di mana dia dan warga emas itu berada di bilik air.



DPP Foong memberitahu mahkamah: "Selepas merakam video itu...si tertuduh memuatnaikkan video itu di TikTok dengan menggunakan akaunnya. Video itu boleh ditonton sesiapa yang mempunyai pautan pada video itu.



"Si tertuduh mendakwa dia telah menurunkan video itu daripada TikTok dalam tempoh sejam kerana dia menerima beberapa komen negatif dalam talian yang mengkritik sikapnya. Bagaimanapun, si tertuduh menyimpan rakaman video itu dalam telefon bimbitnya."



Seseorang yang tidak dikenali kemudian memperolehi klip itu dan memuatnaikkannya ke Facebook dengan wajah mangsa disamarkan.



Pada 3 Januari tahun lalu, anak mangsa ternampak pos Facebook berkenaan. Dia mengenali bapa dan pembantu rumahnya dan melaporkan perkara itu kepada polis pada hari yang sama.



Video itu kekal di laman Facebook sehingga 15 Jun tahun lalu. Ia sudah ditonton lebih 14,000 kali, mempunyai 90 komen dan 157 reaksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >