Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 4 tahun bagi lelaki yang tipu warga tua hampir $270,000

Oct 09, 2019 | 05:49 PM



BEBERAPA warga tua yang kehilangan wang yang dilaburkan terdesak mendapatkan kembali wang mereka.



Namun Namun, Shafie Osman, 38 tahun, berkomplot untuk mengambil kesempatan dan  menipu mangsa-mangsa usia lanjut itu dengan meyakinkan mereka untuk menyerahkan wang tambahan sebagai ‘yuran’ untuk mendapatkan pelaburan mereka kembali.



Malah, Shafie menunjukkan kepada mangsa dokumen palsu yang dikatakan telah dikeluarkan oleh pihak bank, Mahkamah Agung dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Akibatnya, 10 warga tua ditipu sebanyak hampir $270,000. Ada di kalangan mangsa warga tua yang terbabit daripada golongan pekerja berpendapatan rendah, yang mendapat gaji kurang daripada $2,000 sebulan, termasuk seorang pekerja pembersihan dan seorang lagi pengendali mesin.



Shafie dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada Selasa (8 Oktober) selepas dia mengaku bersalah atas enam tuduhan menipu melibatkan lebih daripada $240,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >