Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 6 minggu bagi penunggang e-skuter sebabkan kapten bas cedera parah

Oct 08, 2019 | 04:10 PM



SEORANG penunggang e-skuter sedang bergerak melebihi had kelajuan apabila beliau melanggar seorang pejalan kaki, menyebabkan mangsa patah kaki.



E-skuter yang digunakan A Sujendran, 28 tahun itu juga lebih berat dan bergerak lebih laju daripada yang ditetapkan undang-undang.  



Mahkamah Daerah difahamkan bahawa A. Sujendran telah menunggang e-skuternya pada kelajuan sekitar 28km/jam, walaupun Peraturan Mobiliti Aktif 2018 menetapkan kelajuan maksima bagi PMD tidak boleh melebihi 25km/jam, di mana sahaja.



Tambahan pula, e-skuternya juga 6kg lebih berat daripada had berat 20kg yang dibenarkan.



A. Sujendran, seorang warga Singapura  yang juga bekerja sebagai petugas pam sambilan, dijatuhi hukuman penjara enam minggu pada Selasa (8 Oktober), kerana telah menyebabkan kecederaan parah pada kapten bas Encik Mohamed Salam Kadir akibat menunggang e-skuternya dengan cuai.



Menurut laporan The Straits Times, selain cedera di bahagian kaki, Encik Salam diberi cuti rehat oleh hospital selama 47 hari, dan kos perubatan yang ditanggungnya mencecah lebih $160.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >