Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 6 tahun bagi lelaki yang kelar bekas isteri, kakaknya, di depan anak perempuan mereka

Mar 09, 2019 | 07:30 PM



DISAKSIKAN anak perempuannya yang pada ketika itu berusia enam tahun, seorang lelaki mengelar bekas isteri dan kakak bekas isterinya.



Lelaki itu telah menumbuk bekas isterinya pada hari sebelumnya dan dia berang kerana isterinya itu melaporkan insiden itu kepda polis.



Dia, pada mulanya, menyerang kakak bekar isterinya itu, yang mengadangnya, sebelum menggunakan pisau untuk mengelar bekas isterinya berulang kali, sambil meneriak:  “Mati anda, mati anda”.



Pasangan adik-beradik itu telah pergi ke rumah lelaki itu untuk menyerahkan kanak-kanak perempuan itu kepada lelaki itu, seperti yang lazim dilakukan.



Pada Jumaat (8 Mac) lelaki itu, yang berusia 47 tahun dan bertugas sebagai pemandu kereta sewa-privet itu, dikenakan hukuman penjara enam tahun selepas mengaku bersalah kepada satu tuduhan cuba membunuh tanpa niat, bagi serangan ke atas bekas isterinya itu, yang seusia dengannya.



Dia juga mengaku bersalah kepada satu lagi tuduhan menyebabkan kecederaan teruk menggunakan senjata, bagi serangan ke atas kakak bekas isterinya, yang berusia 51 tahun.



Insiden itu berlaku di tempat memunggah barang di flat lelaki itu. Teriakan bekas isterinya itu boleh didengari selama lebih seminit semasa serangan itu, yang dirakam menerusi kamera dalam kereta perempuan itu.



Pasangan itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti anak perempuan mereka berkahwin pada 2007 dan bercerai pada 2013.



Mereka berkongsi hak jagaan bagi anak perempuan mereka, yang kini berusia lapan tahun.



Dari Isnin ke Jumaat, ibu anak perempuan itu, yang bertugas sebagai pengarah kanan jualan, akan menyerahkannya kepada bapanya, sebelum mengambil anaknya itu selepas kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >