Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara bagi lelaki samar diri untuk hantar mesej perkauman

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pengarah kanan firma sofwe komputer dan dua rakannya berkumpul bersama pada Julai 2018 untuk membuat akaun Twitter parodi bagi menyindir warga Singapura yang tidak sensitif mengenai kaum.



Namun, dalam satu keadaan ironi, dia akhirnya menjadi individu yang dia cuba sindir, setelah tweetnya secara terang-terangan menyinggung perasaan dan tidak sensitif terhadap kaum.



Zainal Abidin Shaiful Bahari, 35 tahun, yang menyamar sebagai 'SharonLiew86' untuk menghantar beberapa tweet yang menyinggung perasaan kaum, dihukum penjara tiga minggu semalam.



Warga Singapura itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan perbuatan bertentangan dengan keharmonian kaum.



Dua tuduhan serupa lain dipertimbang semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Senthilkumaran Sabapathy berkata akaun itu Twitter itu menarik perhatian dalam talian dan mempunyai lebih 5,600 pengikut pada Ogos 2018.



Zainal kemudian mengendalikan akaun itu sendirian selepas dua rakan warga Singapuranya berhenti menggunakannya pada awal 2019.



Dia mula menghantar tweet berbaur perkauman tidak lama kemudian.



Pada 11 Oktober 2019, dia memuat naik pos yang menyatakan pencapaian akademik pelajar Melayu lebih rendah daripada rakan mereka yang berbangsa Cina.



Dia juga menggunakan penghinaan kaum apabila merujuk kepada orang berbangsa India dalam dua pos pada 25 Mac dan 17 April tahun lalu.



DPP Senthilkumaran memberitahu Timbalan Ketua Hakim S. Jennifer Marie bahawa tweet selepas itu dibuat khusus dibuat sebagai respons terhadap laporan berita dalam talian mengenai jumlah kes Covid-19 yang meningkat dalam kalangan pekerja asing di dormitori.



Mahkamah mendengar bahawa sebahagian besar jumlahnya merupakan warga India dan Bangladesh.



DPP itu menambah: "Tweet pada 17 April itu disebarkan secara meluas di Internet… Tertuduh memadamkan... tweet sekitar 30 minit selepas ia dimuat naik setelah menyedari bahawa tweet itu telah menular dan mendapat banyak perhatian negatif dalam talian daripada orang awam."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >