Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara bagi lelaki yang menyamar sebagai wanita dalam talian untuk mendapatkan seks daripada belia lelaki bawah umur

Jun 14, 2021 | 05:13 PM



SEORANG lelaki telah menyamar sebagai seorang wanita dalam talian untuk mendapatkan khidmat seks daripada belia lelaki berusia 17 tahun.

Muhammad Al-Masfuiin Muhsin, kini berusia 26 tahun, telah menyamar sebagai seorang wanita yang sedang mencari "hamba seks" untuk memberi khidmat seks kepada dirinya dan "teman lelaki" nya pada harga $250.



Pada 18 Jun 2019, belia lelaki yang terlibat tiba di sebuah flat di Tampines.



Al-Masfuiin, yang berpura-pura sebagai teman lelaki 'wanita' itu kemudian melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap belia tersebut, dan menjanjikannya tempat tinggal bagi malam itu serta $50.



Belia lelaki bawah umur itu telah dihalau keluar daripada rumahnya sendiri sebelum kejadian tersebut.



Al-Masfuiin, yang sedar akan umur budak lelaki itu ketika melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut, telah dipenjarakan selama 10 bulan pada Isnin (14 Jun).



Dia mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur 18 tahun.



Mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti dirinya.



Timbalan Pendakwa Raya Emily Koh berkata, pada 2017, belia itu mula menggunakan laman web yang mengiklankan khidmat seks serta permintaan bagi 'sugar mummy' atau wanita berumur yang sanggup membayar wang kepada seorang yang lebih muda untuk menemaninya.



Dia kemudian membuat akaun di laman tersebut kerana mahu mendapatkan wang dengan menawarkan khidmat seks.



Belia itu kemudian membuat pos iklan di laman tersebut mencari 'sugar mummy' dan sanggup menyediakan khidmat seks.



Al-Masfuiin, yang ternampak iklan itu, menyamar sebagai seorang wanita dan mula berhubung dengan budak tersebut melalui Telegram.



Mereka yang didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur 18 tahun boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >