Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara bagi pembantu gerai jaja makanan yang dirakam serang lelaki di Golden Mile

Feb 19, 2019 | 03:47 PM



 





SEORANG pembantu gerai jaja makanan menyerang ‘kejam’ lelaki yang dianggap menenungnya, memijak wajah dan menumbuk lelaki itu sehingga beliau pengsan.



Lelaki itu kini perlu menjalani pembedahan pemulihan wajah.



Wee Boon How, pada ketika itu, sedang bebas diikat jamin atas kesalahan merusuh. Namun dia menyerang Encik Bong Hong Yun, 26 tahun, dalam pergaduhan gi Kompleks Golden Mile yang dirakam di video dan menjadi tular di dalam talian.



Wee, 24 tahun, dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam, selepas mengaku bersalah menyebabkan Encik Bong cedera teruk.



Beliau juga mengaku bersalah ke atas dua tuduhan merusuh.



Mahkamah Daerah Marvin Bay, menyifatkan serangan Wee ke atas Encik Bong sebagai ‘kejam’ dan berkata lelaki lebih tua itu perlu menjalani pembedahan pemulihan wajah untuk merawat keretakan tulang.



Hakim itu menambah: “Tiada tempat bagi keganasan berkumpulan yang tidak terkawal… dalam Singapura moden, terutama bagi sebab remeh seperti menenung atau mengeluarkan kata kesat. Dalam kes ini, keganasan yang dilakukan tidak seimbang dengan sebarang provokasi yang diketahui.”



Mahkamah diberitahu bahawa Wee ditangkap buat pertama kali selepas dia dan sekurang-kurangnya dua lagi lelaki bersubahat untuk menyerang lelaki berusia 20 tahun di sebuah pusat hiburan Orchard Road, menyebabkan lelaki itu cedera di bibirnya.



Mahkama tidak mendedahkan sebab sebalik insiden yang berlaku pada April 2017 itu.



Wee dibenar ikat jamin selepas disoal siasat polis dan beliau pergi ke Kompleks Golden Mile sekitar 3 pagi pada 11 Oktober tahun itu.



 Beliau menghampiri Encik Bong di tingkat pertama pusat membeli belah di Beach Road itu, dan menuduh Encik Bong menenungnya, mencetus pergaduhan.



Timbalan Pendakwaraya Zhou Yihong berkata:



“Semasa pergaduhan… mangsa terjatuh ke lantai. Si tertuduh tidak berhenti bergaduh dan terus menumbuk wajah mangsa secara berterusan, sehingga mangsa tidak sedarkan diri.”



“Apabila mangsa terlantar tanpa sedarkan diri, si tertuduh membongkok dan terus menumbuk wajahnya.”



Wee juga memijak dan menendang Encik Bong beberapa kali sebelum meninggalkan tempat kejadian. Encik Bong, kemudian, dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.



Wee dituduh di mahkamah pada bulan yang sama dan dibenar ikat jamin lagi. Semasa di luar, Wee bersubahat dengan empat individu lain untuk menyerang Encik Benjamin Woon Boon Hock, 32 tahun di sebuah pusat hiburan di St James Power Station.



Semalam, peguam bela Encik Wee Hong Shern merayu supaya kliennya diberikan hukuman penjara tiga setengah tahun. Encik Wee berkata Wee memiliki IQ rendah dan tidak dikehendaki menjalani perkhidmatan negara. Beliau juga berkata kliennya itu menyesali perbuatannya.



Atas kesalahan menyebabkan kecederaan serius, Wee boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, disaman atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >