Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara buat bekas penolong jurutera PUB yang minta rasuah $45,000 daripada subkontraktor

Nov 16, 2021 | 06:37 PM



SEBAGAI penolong jurutera di agensi air kebangsaan PUB, dia menyelia kerja lencongan air yang dikendalikan kontraktor dan subkontraktor penggal agensi berkenaan.



Ketika menyelaras Pipe Works, subkontraktor saluran air dan gas, Jamaludin Mohamed menemui pengurus projek itu dan bersetuju menyelaras dan mempercepatkan kerja syarikat itu jika diberi wang.



Selama sembilan bulan, dia mengumpulkan sekitar $45,169.



Pada Selasa (16 November), Jamaludin, 58 tahun, dihukum penjara sembilan bulan kerana menerima rasuah dan lagi 10 minggu kerana cuba menerima rasuah daripada firma kejuruteraan awam.



Dia dihukum penjara lagi dua minggu kerana memalsukan akaun dengan hukuman ini dijatuhkan serentak dengan hukuman lain.



Dia juga diminta membayar wang yang diperolehi sebagai penalti dan gantian penjara tiga bulan.



Jamaludin mengaku bersalah. 



PUB memberhentikan Jamaludin pada Januari tahun ini, menyusuli siasatan dalaman kerana salah laku. Siasatan itu tiada kena mengena dengan kesalahan rasuah yang didakwa ke atasnya.



Dia yang hadir di mahkamah menerusi pautan video pada Selasa diwakili peguam Ashvin Hariharan yang meminta hukuman lebih ringan buat anak guamnya sambil berkongsi tentang kes lalu di mana seorang pengarah di firma teknologi cuba memberi rasuah kepada pegawai pemerintah.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Charis Low menjawab dengan mengatakan berbanding warga swasta, "kakitangan awam perlu berpegang pada piawaian lebih tinggi."



Hakim Daerah Lim Tse Haw bersetuju sambil mengatakan bahawa peranan si pesalah dalam PUB tidak boleh diremehkan dengan kebersalahannya justeru itu lebih tinggi. Dia bagaimanapun mengaku bersalah pada peluang terawal.



Jamaludin menemui pengurus projek Pipe Works. Ganisan Suppiah, dengan usulannya sekitar November 2017.



Setelah Pipe Works menerima bayaran daripada kontraktor utama, Ganisan menyerahkan bayaran yang dipersetujui kepada Jamaludin secara tunai antara November 2017 dengan Ogos 2018 menerusi beberapa pertemuan di kedai kopi.



Dengan menggunakan nama syarikat yang dia buka di bawah nama anak lelakinya, Jamaludin menyiapkan invois palsu untuk meminta Pipe Works membayarnya bagi khidmat pembersihan yang direka di beberapa tapak kerja serta menerima wang saguhati sebaliknya.



Ganisan pula didakwa pada Ogos dengan satu kesalahan rasuah dan dua kesalahan bersekongkol dengan Jamaludin agar memalsukan invois. Kes itu berada di peringkat sidang praperbicaraan.



Pada Julai 2019, Jamaludin mula mengenali seorang eksekutif pengurusan yang menyelia jualan dan projek firma kejuruteraan awam Teacly.



Dia membuat janji temu bagi mesyuarat bersama wanita itu pada 25 Julai 2019 di mana dia memberitahunya dia boleh membantu Teacly mendapatkan kontrak PUB yang telah dikemukakan bagi bidaan.



Dia meminta $500,000 sebagai tukaran tetapi eksekutif pengurusan itu menolak usulannya keesokan harinya.



Membuat rayuan buat anak guamnya, Encik Ashvin berkata Jamaludin mempunyai rekod bersih sebelum ini dan telah disampaikan dengan Anugerah Bakti Setia dan Anugerah Pekerja Contoh di PUB.



Beliau menambah satu sebab mengapa Jamaludin mengambil wang itu adalah kerana anak lelakinya menghidap penyakit jantung.



DPP Low menyatakan anak Jamaludin dilahirkan pada Mac 2018 dan kesalahan itu bermula lebih awal daripada itu.



Bagi setiap kesalahan rasuah, Jamaludin boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda $100,000 atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan memalsukan akaun, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >