Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara buat lelaki yang guna pencincang dan ancam untuk "bunuh semua orang"

Mar 17, 2022 | 05:48 PM



SEORANG lelaki yang memberitahu pengurus kesnya di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 13 Januari lalu bahawa dia mahu "membunuh semua orang" ditemui bersenjatakan pencincang di sebuah taman awam lewat hari itu.



Mustaqim Zakaria, 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara 21 minggu pada Selasa (15 Mac) selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan gangguan dan satu tuduhan memiliki pencincang itu.



Mahkamah diberi tahu Mustaqim telah menelefon pengurus kesnya di IMH sekitar 5 petang pada 13 Januari, lapor The Straits Times.



Dokumen mahkamah tidak mengatakan mengapa dia mempunyai pengurus kes di sana.



Mustaqim kemudian memberitahu pengurus kes tersebut, seorang wanita berusia 26 tahun, dalam bahasa Melayu:



"Saya nak bunuh orang...saya nak membunuh semua orang."



Ketakutan, wanita tersebut membuat laporan polis pada sekitar 5.20 petang.



Para pegawai kemudian melakukan pencarian secara meluas di seluruh negara bagi Mustaqim dan menemuinya di Taman Woodlands Waterfront pada kira-kira 8.45 malam itu.



Mereka turut mendapati sebuah pencincang dalam simpanan Mustaqim.



Siasatan mendapati selepas membuat panggilan telefon, Mustaqim pergi ke sebuah pasar raya dan membeli senjata itu pada harga $8.90.



"Siasatan tambahan mendapati tertuduh telah membeli pencincang tersebut untuk membunuh bapanya kerana dia marah dengan bapanya yang tidak mengakunya sebagai anak," kata Timbalan Pendakwa Raya Amanda Sum.



Mustaqim tidak mempunyai sebarang kuasa atau tujuan yang sah untuk mempersenjatai dirinya dengan pencincang itu, kata mahkamah.



Bagi kesalahan memiliki senjata, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >