Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara buat wanita yang tawarkan dadah kepada anak remaja sebagai kegiatan erat ikatan

Jun 27, 2022 | 08:27 PM



SEBAGAI kononnya memupuk keakraban antaranya dengan anaknya, seorang wanita menawarkan dadah kepada si anak yang berusia 17 tahun ketika mereka di rumah.



Wanita berusia 37 tahun itu dihukum penjara tujuh tahun tiga bulan pada Isnin (27 Jun) kerana kesalahan yang berlaku pada 20 Mac 2021 serta beberapa kesalahan lain berkaitan dadah.



Dia mengaku bersalah ke atas tiga tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah di samping dua lagii tuduhan yang dipertimbangkan sewaktu hukuman dijatuhkan.



Pesalah tidak boleh dinamakan kerana ia boleh membawa pada identiti si anak diketahui. Mereka yang berada di bawah usia 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Joseph Gwee, memberitahu mahkamah pada Isnin bahawa si pesalah menawarkan anaknya dadah Ice dan mengizinkan si anak mengambilnya di rumah.



Ibu ini menyediakan dadah itu buat anaknya dan menyerahkan alat menghisap dadah kepada si anak yang mencubanya beberapa kali.



Pada 22 Mac 2021, sekitar 11 malam, pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) menjalankan operasi dan memberkas pasangan ibu dan anak itu.



Kata DPP Gwee: "Si pesalah mengaku menyediakan 'Ice' buat anaknya. Dia juga mengaku dirinya menyediakan 'Ice' buat anak-anaknya dan dirinya sendiri sebagai kegiatan memupuk keakraban antara mereka, dengan mereka melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sekali sejak November 2020 hingga tarikh operasi diadakan."



Dokumen mahkamah mendedahkan salah satu tuduhan dipertimbangkan sewaktu menghukum si ibu iaitu dakwaan membenarkan seorang lelaki 20 tahun menghisap Ice tetapi dokumen itu tidak menjelaskan apakah hubungan mereka.



Contoh air kencing yang diambil daripada kededua ibu dan anak susuli penangkapan mereka kemudian ditemui mengandungi dadah berkenaan.



 



Sepaket bahan berbentuk kristal ditemui dari rumah itu sewaktu operasi dijalankan. Ia diperiksa dan didapati mengandungi tidak kurang daripada 0.89 gram Ice.



Hakim Daerah Lim Tse Haw memberi hukuman penjara lima tahun kepada pesalah kerana mengambil dadah dan dua tahun tiga bulan di atas kesalahan membabitkan anaknya.



Beliau memberi hukuman lapan bulan bagi kesalahan memiliki dadah serta mengarahkan agar hukuman dijalankan serentak dengan dua lagi hukuman yang diberi.



Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim daeah memberitahu pesalah, dia sepatutnya melindungi anak-anaknya daripada dadah walau apa pun sebabnya dan tidak sepatutnya memudahkan mereka mengambil dadah itu.



Peguambela pesalah, Cik Sadhana Rai, telah meminta hukuman penjara dua tahun bagi anak guamnya atas kesalahan membabitkan anak perempuannya.



DPP Gwee pula meminta mahkamah memberinya penjara dua tahun dan enam bulan.



Cik Rai berkata matlamat utama bagi undang-undang yang disepadankan itu adalah bagi melindungi anak-anak kecil daripada terdedah pada bahaya dadah.



Beliau merujuk pada surat daripada anak perempuan anak guamnya yang mengatakan dia tidak diperkenalkan ibunya dengan dadah. 



Sebaliknya, dia berkata dia menemui dadah apabila berada di rumah dan dipengaruhi orang lain untuk mengambilnya.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan jika tindakan diambil ke atas anak perempuan wanita itu menyusuli penangkapannya.



Dalam rayuannya, Cik Rai menambah pesalah itu menyangka bahawa dengan mengambil dadah bersama anak-anaknya, dia boleh mengawal dan mengehadkan dadah yang dia ambil walaupun peguamnya mengaku ini adalah tindakan yang tersasar dan menggambarkan pemikiran bercelaru.



Bagi kesalahan memiliki dadah terkawal dan membenarkan seorang belia menghisapnya, sedangkan dia berusia melebihi 21 tahun, si pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun.



 



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >