Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara dan sebat bagi tiga pesalah dalam kes serangan seksual remaja wanita di hotel

Aug 15, 2019 | 02:12 PM



TIGA lelaki, sebahagian daripada kumpulan lima orang, yang telah bergilir menyerang seorang remaja wanita mabuk dalam bilik hotel pada 2014 dikenakan hukuman penjara dan sebat semalam. 


Ridhaudin Ridhwan Bakri, Muhammad Faris Ramlee dan Asep Ardiansyah, kesemuanya 25 tahun, didapati bersalah April lalu. 


Ketiga-tiga berusia 20 tahun semasa mereka terlibat dalam perbuatan seksual dengan mangsa, berusia 18 tahun pada masa itu, di acara sambutan ulang tahun yang diadakan di Duxton Hotel. 


Walaupun mereka tidak menafikan perkara yang berlaku, mereka berkata mangsa telah memberikan izin. 


Ridhwan, yang didapati bersalah atas tuduhan rogol, serangan seksual dan mencabul kehormatan, dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun, satu bulan dan 13 hari berserta 13 sebat. 


Faris, yang bersalah atas tuduhan rogol, dikenakan penjara 11 tahun, 10 bulan dan 18 hari berserta enam kali sebat. 


Asep, bersalah atas tuduhan percubaan merogol dan serangan seksual, dikenakan hukuman penjara sembilan tahun, 11 bulan dan 28 hari, serta lapan kali sebat. 


Ridhwan dan Faris telah mula menjalani hukuman mereka manakala jaminan bagi Asep dinaikkan dari $25,000 kepada $35,000 selepas beliau menyatakan keinginannya untuk membuat rayuan. 


Dua lagi dalam kumpulan tersebut sedang menjalani hukuman mereka, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan pada 2016. 


Muhammad Fadly Abdull Wahab, 20 tahun pada masa itu yang telah memujuk mangsa untuk hadir acara tersebut dan memberinya alkohol, dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan lapan kali sebat. 


Muhammad Hazly Mohamad Halimi, 23 tahun, dikenakan hukuman penjara 11 tahun dan enam kali sebat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >