Penjara, denda bagi pesalah yang merakam video seks

SEORANG juruwang kelab malam sedang berehat di chalet D’Resort @ Downtown East apabila dia melihat rakan kerjanya dan kawan rakan sekerjanya merogol seorang wanita yang tidak sedarkan diri.

Gan Soon Chai tidak menyuruh lelaki-lelaki itu berhenti, malah dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam insiden tersebut.

Lelaki warga Malaysia itu hanya berhenti tiga minit kemudian apabila salah satu daripada lelaki yang dirakamnya itu mendapati Gan sedang merakam aksi mereka dan menyuruhnya untuk berhenti.

Gan, 34 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan denda $20,800 hari ini (13 Ogos) .

Dia didapati bersalah merakam video lucah dan atas kesalahan memiliki 65 video lucah lain serta lapan film tidak bersijil.

Jika Gan yang bekerja di Club V5 Tycoon di Cuscaden Road, tidak mampu membayar denda, hukuman penjaranya akan ditambah tiga bulan dan empat hari.

Kes yang melibatkan tiga lelaki bawah umur warga Singapura masih dibicarakan. 

Dua daripada mereka, Yong Chun Hong, 30 tahun, dan Yap Chun Chieh, 39 tahun, bekerja sebagai ‘bouncer’ di Club V5. 

Lelaki ketiga, Tay Boon Huat, 27, adalah kawan Yong.

Pesalah kali pertama yang disabit kesalahan merakam video lucah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $40,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $100,000.