Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara, denda bagi wanita yang tipu 23 orang di Carousell

Jun 02, 2020 | 06:44 PM



SEORANG ahli radiologi menipu 23 orang sebanyak hampir $1,500 setelah memberitahu mereka dia mempunyai pelitup muka yang ingin dijual.



Eunice Anico Liwanag, 24 tahun, dijatuhkan hukuman penjara lapan minggu dan didenda $3,000.



Penduduk tetap (PR) Singapura itu mengaku bersalah ke atas satu tuduhan membuat laporan polis palsu dan tiga tuduhan menipu melibatkan tiga orang yang telah memberinya $405 secara keseluruhannya.



Dia melakukan kesalahan tersebut antara 28 Januari dan 1 Februari, lapor The Straits Times.



Pada 30 Januari, Liwanag menerima pertanyaan daripada seorang mangsanya di Carousell sama ada dia mempunyai pelitup untuk dijual.



Linawag berbohong dan mengatakan dia mempunyai pelitup. Dia menyuruh lelaki itu memindahkan $150 ke akaun banknya bagi enam kotak pelitup.



Namun, setelah membuat pembayaran, lelaki tersebut tidak mendapatkan pelitup seperti yang dijanjikan.



Dia kemudian menggunakan cara serupa bagi mangsa-mangsanya lain.



Untuk menutup kesalahannya, Liwanag membuat laporan polis dalam talian pada 1 Februari mengatakan bahawa dia telah menerima "pemindahan wang yang luar biasa" ke dalam akaun banknya.



Timbalan Pendakwa Raya Matthew Choo berkata:



"Tertuduh takut setelah menipu 23 mangsa... dan sedar dia telah melakukan kesalahan. Oleh itu, dia telah membuat laporan polis palsu untuk mengalihkan perhatian dan kecurigaan terhadap dirinya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >