Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara, denda dan hukuman sebat bagi ketua kumpulan penjenayah terancang yang mengedar dadah terlarang

Sep 29, 2021 | 09:46 PM



SALAH seorang daripada dua ketua kumpulan jenayah terancang tempatan yang mengedar dadah terlarang dihukum penjara 11 setengah tahun, lapan sebatan dan denda $20,000 pada Rabu (29 September).


Hermanto Abdul Talib, 44 tahun, yang bekerja sebagai tukang kayu sambilan, akan diberi empat bulan tambahan di penjara jika dia tidak dapat membayar denda.


Dia telah mengaku bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Jenayah Terancang, lapor The Straits Times.


Dua anggota kumpulan lain - Shafie Osman, 40 tahun, dan Fadilah Haron, 51 tahun - telah dihadapkan ke mahkamah lebih awal setelah mereka mengaku bersalah atas tuduhan mereka. Mereka juga dijatuhkan hukuman penjara, denda dan hukuman sebat.


Kes melibatkan Muhammad Sufyan Ruslee, 31 tahun, yang dikatakan satu lagi ketua kumpulan itu, masih belum selesai. Keempat-empat lelaki itu adalah warga Singapura.


Timbalan Pendakwa Raya Anandan Bala, Tan Wee Hao dan Chong Kee En berkata dalam dokumen mahkamah tujuan utama kumpulan penjenayah itu adalah untuk mendapatkan faedah kewangan daripada mengedar bahan psikoaktif baru (NPS), termasuk 5-fluoro-MDMB-PICA.


Ganja sintetik itu juga dikenali sebagai "mushroom" atau "butterfly". Ia menghasilkan kesan serupa ganja.


Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata di laman webnya bahawa NPS disenaraikan sebagai dadah terkawal Kelas A pada Mei 2014.


Pesalah yang ditangkap mengambil atau memiliki NPS boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda hingga $20,000.


Dalam penghujahan mereka, pendakwa berkata: "Pengedar dadah sering memasarkan atau merujuk kepada dadah sedemikian sebagai..."khalayan sah" yang boleh membuatnya kelihatan kurang berbahaya daripada penyalahgunaan dadah tradisional - walaupun NPS menunjukkan persamaan kimia dengan yang dadah tradisional.


"Mahkamah harus melenyapkan tanggapan berbahaya dan salah tentang NPS dengan menjatuhkan hukuman tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembekalan dan pengedaran NPS."


Hermanto merekrut Shafie ke dalam kumpulan itu pada Mac 2019.


Kumpulan tersebut telah memperoleh dadah daripada pembekal yang hanya dikenali sebagai Yunos.


Kumpulan itu menjalankan operasi menjual dadahnya di sebuah kedai kopi Geylang dari sekitar 7 malam hingga tengah malam setiap hari.


Menurut dokumen mahkamah, Hermanto dan Sufyan akan mengarahkan Shafie dan Fadilah untuk menjual NPS bersama-sama.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >