Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Penjara di Malaysia diancam banduan yang menjadi radikal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Penjara di Malaysia diancam banduan yang menjadi radikal

Oct 08, 2017 | 01:55 PM

Malaysia kini berdepan dengan ancaman banduan menjadi radikal dalam penjara, ekoran penangkapan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  berusia 53 tahun, yang didapati polis aktif merekrut bagi tujuan pengganasan semasa dalam tahanan.

Ketua polis nasional Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek itu, yang baru dibebaskan dari penjara, ditangkap dengan seorang kenalan berusia 37 tahun di Tapah, Perak pada Jumaat 6 Oktober.

Encik Mohamad Fuzi berkata bekas tahanan ISA itu telah merekrut secara aktif banduan di Penjara Tapah, selepas ditangkap pada Februari 2013 dan didapati bersalah atas tuduhan pengganasan.

 "Kami tahu dia telah merekrut banduan buat sekian lama, tetapi kami tidak dapat berkongsi bila ia bermula. Mereka yang menjadi radikal juga telah dikenal pasti," kata Encik Mohamad Fuzi, bercakap dengan akhbar The Sunday Times (ST). 

Sejak 2013, pihak berkuasa di Malaysia telah memenjarakan sekurang-kurangnya 332 warga sendiri dan warga asing, sedang negara itu menentang penyokong  kumpulan militan ISIS dan pihak yang berkaitan.

Antara yang ditangkap ialah kakitangan tentera dan pegawai polis, serta wanita yang ingin ke Syria untuk menyertai ISIS.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mula mengasingkan banduan yang ditahan kerana kegiatan militan daripada banduan lain untuk mengekang penularan ideologi pengganasan dalam sistem penjara.

Langkah itu diambil selepas tujuh warden penjara dipengaruhi tahanan yang terlibat dalam kumpulan militan tahun lalu.

Menurut Encik Mohamad Fuzi, bekas tahanan ISA itu bertujuan mencetus konflik agama dan perkauman di Malaysia.

"Beliau mengatur rancangan untuk melancarkan serangan di tempat ibadah yang dimiliki Muslim, Kristian dan Hindu," kata Encik Mohamad Fuzi.

"Kami juga percaya beliau sedang melindungi militan dari Tandzim Al-Qaeday Malaysia (TAQM) yang masih belum ditemui dan dikehendaki polis.

"Seorang lagi lelaki, berusia 37 tahun, dipercayai telah merekrut dua warga Malaysia untuk menyertai TAQM, dengan bantuan suspek pertama.

"Inilah sebabnya kita peru mengasingkan tahanan yang berkegiatan militan daripada banduan lain," tambahnya.

Pasangan itu antara lapan anggota militan - termasuk lima yang dikaitkan dengan kumpuan Abu Sayyaf (ASG) di Filipina - yang ditangkap dalam siri serbuan cegah keganasan di Sabah, Selangor dan Perak antara 27 September dengan 6 Oktober.

Dalam penangkapan pertama, dua warga Malaysia, dua warga Filipina, serta seorang warga Filipina yang juga penduduk tetap di Malaysia, ditangkap di Sandakan, Sabah pada 27 September.

"Kami percaya mereka sedang mengatur rancangan untuk membawa militan ASG ke Malaysia," ujarnya.

Seorang warga Albania berusia 35 tahun, yang kini berada di Malaysia sebagai pensyarah undangan di universiti awam, ditangkap di Selangor pada 1 Oktober selepas dikesan mempunyai hubungan dengan militan ISIS di luar negeri.

Malaysia mengalami serangan pengganas pertama Jun lalu, apabila bom tangan dilontar ke dalam kelab malam di Puchong, Selangor, mencederakan lapan orang. Dua lelaki yang bertanggungjawab melakukan serangan itu dihukum penjara 25 tahun.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3