Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara dua minggu, lesen memandu digantung, bagi pemandu van yang menyebabkan kematian penunggang motosikal

Sep 14, 2018 | 08:29 PM



 



 



PEMILIK gerai minuman Aw Cher Ngang, 64 tahun, semalam,  dipenjara dua minggu dan lesen memandunya digantung lima tahun, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.



Aw, yang sedang memandu van di Boon Lay Way sekitar 5 petang pada 14 Julai lalu tahun lalu, gagal berhenti di simpang dan merempuh motosikal di hadapannya.



Lantaran itu, penunggang motosikal itu, Encik Ho Kok Tiong, 68 tahun, dan motosikalnya diheret roda depan van itu.



Encik Ho dihantar ke hospital, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya selang lima hari.



Timbalan Pendakwaraya Lee Zu Zhao, semalam, memberitahu mahkamah bahawa Aw melihat Encik Ho yang ingin membelok kanan, tetapi gagal mengawal van.



Justeru, beliau merempuh dan mengheret Encik Ho dan motosikalnya sehingga berhenti di petak kuning simpang-T itu.



Bahagian belakang motosikal itu remuk dan bahagian depannya retak.



Rempuhan itu juga menyebabkan motosikal melanggar kereta di hadapannya, meremuk bahagian belakang kereta dan memecahkan jendela belakangnya.



Encik Ho dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) di mana beliau meninggal dunia pada 19 Julai tahun lalu.



Pemeriksaan yang dijalankan ke atas van Aw menunjukkan tiada kerosakan.



Peguam bela Aw, Encik Raymond Lye berkata jalan raya yang basah menyebabkan van terus bergerak ke hadapan selepas Aw menekan brek.



Encik Lye juga berkata Aw hanya melakukan satu kesalahan trafik dalam tempoh 46 tahun memandu – kesalahan  meletak kenderaan di jalur kuning berganda di jalan raya pada 2000.



Aw, yang menyebabkan kematian kerana perbuatan cuai, boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >