Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara hingga 30 tahun jika miliki ganja, bawah undang-undang lebih ketat

Jun 01, 2023 | 03:16 PM



PESALAH dadah boleh dikenakan penjara sehingga 30 tahun dan disebat dengan rotan 15 kali jika memiliki lapan jenis narkotik termasuk ganja mulai Khamis.

Ini menyusuli hukuman yang diperketat dan diluluskan di Parlimen pada Mac.

Hukuman akan berdasarkan rangka kerja berperingkat bagi pemilikan dadah morfin, diamorfin, candu, kokain, ganja, resin ganja, campuran ganja dan methamphetamine, atau dikenali sebagai ‘Ice’, melebihi had tertentu.


Sehingga kini, hukuman memiliki dadah terkawal, tanpa mengira berat, adalah penjara sehingga 10 tahun, atau denda sehingga $20,000, atau kedua-duanya.

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), perubahan terkini adalah berdasarkan Rang (Pindaan) Akta Penyalahgunaan Dadah dan Rang (Pindaan) Perlembagaan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung Februari dan diluluskan pada 21 Mac.

Selain penalti yang dikenakan, akta yang dipinda itu turut menjelaskan bahawa pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) boleh membuat rampasan berdasarkan syak wasangka yang munasabah.

Pindaan itu sejajar dengan kedudukan Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) yang mempunyai kuasa menyiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah 2010.

Sementara itu, pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sabit kesalahan lama bagi pengambilan dadah di bawah Seksyen 34 Akta SAF akan dikira dalam hukuman yang dipertingkat bagi penggunaan dadah berulang di bawah MDA.

Namun, ia tidak melibatkan pemilikan dadah.

Hanya sejarah penggunaan dadah sebelum ini di bawah Seksyen 34 Akta SAF dikira dalam penjara jangka panjang bagi penggunaan dadah berulang.

Di samping itu, pengarah CNB juga boleh memanggil semula penagih dadah untuk ujian air kencing pada bila-bila masa sahaja sepanjang hidup mereka bagi memastikan individu tersebut tidak lagi menagih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >