Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Penjara lima tahun bagi pembantu rumah yang dera wanita tua yang alami demensia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penjara lima tahun bagi pembantu rumah yang dera wanita tua yang alami demensia

Jan 09, 2020 | 06:02 PM

SEORANG pembantu rumah telah mendera wanita tua di bawah jagaannya yang mengalami demensia, selepas kurang sebulan bekerja di rumah yang terletak di Choa Chu Kang itu, menurut mahkamah pada Khamis (9 Januari).

Eis Atikah telah mengetuk kepala Cik Fatimah Kassim, 76 tahun, berkali-kali menggunakan tanggannya dan mencubit lengannya dalam bilik yang dikongsi mereka.

Eis, 38 tahun, telah melakukan kesalahan tersebut kerana berasa marah apabila wanita tua itu enggan tidur apabila disuruh.

Warga Indonesia itu mengaku bersalah pada Khamis terhadap tuduhan menyerang individu yang lemah dan dihukum penjara lima bulan.

Cucu Cik Fatimah, penganalisa IT Mohammad Farhan Mohammad Sam, 32 tahun, telah mengambil Eis bekerja untuk keluarganya mulai 12 Mei tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Amanda Han memberitahu Hakim Daerah John Ng: “Ada beberapa kejadian di mana mangsa tidak mahu tidur walaupun beliau sepatutnya berbuat demikian, dan lampu-lampu di dalam bilik tidur sudah dimatikan.

“Ketika tertuduh sudah letih pada masa itu, dia mencubit mangsa di kededua lengan kerana marah.

“Ada juga kejadian di mana dia mengetuk kepala mangsa beberapa kali menggunakan tangannya.”

Cik Fatimah tidak membalas atau mengadu tentang kejadian tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3