Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penjara nafi dakwaan pegawai sekat banduan fail permohonan mahkamah

Aug 04, 2022 | 08:08 PM

PERKHIDMATAN Penjara Singapura (SPS) pada Khamis (4 Ogos) menyangkal dakwaan seorang saudara perempuan banduan yang dijadualkan dihukum mati pada Jumaat (5 Ogos) bahawa pegawainya sengaja menghalang penyerahan satu permohonan mahkamah.

Saudara Abdul Rahim Shapiee itu mendakwa bahawa sekumpulan banduan yang sedang menanti hukuman mati, termasuk Abdul Rahim, telah memberikan dokumen mahkamah ke pada pegawai penjara pada 25 Julai.

Dalam surat yang dimuat naik dalam talian, beliau mendakwa pihak berkuasa penjara “meletak halangan mustahil” untuk menghalang tuntutan mereka difailkan dengan meminta ban duan itu mendapatkan borang permohonan dan borang e-litigasi.

Ini tidak benar, kata SPS dalam satu kenyataannya pada Khamis.

“Tiada banduan yang sedang menunggu hukuman mati mendekati sembarang pegawai SPS pada 25 Julai 2022 untuk memohon memfailkan sebarang permohonan undang-undang,” kata kenyataan itu.

SPS berkata pada 28 Julai, dua banduan yang sedang menunggu hukuman mati membuat permohonan kepada seorang pegawai penjara bagi nasihat mengenai proses memfailkan tuntutan sivil, yang dikenali sebagai tuntutan asal.

“Memandangkan nasihat itu berkaitan prosiding undang-undang difailkan di mahkamah, pegawai SPS itu memberitahu mereka bahawa perlu mendapatkan nasihat daripada mahkamah mengenai dokumen khu sus yang diperlukan untuk memfailkan permohonan sebegitu, serta bayaran terlibat.

“Ini adalah prosedur standard bagi banduan yang tidak dibantu oleh peguam bela untuk memfailkan permohonan bukan rutin,” kata SPS.

Pada hari sama, kata SPS, seorang daripada dua banduan itu diberi bo rang agar dia boleh menulis kepada mah kamah untuk mengemukakan pertanyaannya apabila dia memohonnya.

Borang itu tidak digunakan, kata kenyataan SPS.

“Bertentangan dengan dakwaan yang dibuat, pegawai SPS tidak me minta sebarang banduan yang sedang menunggu hukuman mati seba rang borang permohonan atau borang e-litigasi, atau menolak sebarang permintaan bagi memfailkan permoho nan mahkamah atas dasar itu,” katanya.

Kedua-dua banduan itu tidak memaklumkan kepada SPS bahawa tuntutan mereka melibatkan Abdul Rahim, atau bahawa permohonan itu me merlukan perhatian segera.

Malah, seorang daripada dua banduan itu memaklumkan kepada pega wai penjara bahawa dokumen itu belum dimuktamadkan kerana dia sedang menunggu lawatan pada 1 Ogos bagi menerima cetakan dokumen lain.

Pada 1 Ogos, banduan yang mewa kili kumpulan banduan dalam tuntu tan sivil mereka menyerahkan set dokumen terakhir kepada SPS.

Pada hari sama, SPS membantu memfailkan set dokumen itu dengan mahkamah, bagi pihak banduan yang menanti hukuman mati itu. SPS berkata ia turut membuat aturan dengan keluarga wakil banduan itu mengenai bayaran yang diperlukan.

Seorang pegawai penjara hadir di Mahkamah Agung untuk membantu memfailkan permohonan itu, yang berjaya difailkan pada petang sama, kata kenyataan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3