Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara, rotan bagi dalang rompakan kedai barang kemas di Ang Mo Kio

Nov 12, 2020 | 05:17 PM



DALANG di sebalik rompakan kedai barang kemas di Ang Mo Kio tahun lalu telah dikenakan hukuman penjara tiga tahun tiga bulan dan enam sebatan pada Khamis (12 Nov) setelah berjaya membawa lari barangan bernilai $120,000 hasil rompakan tersebut.




M Jegatheesh, 28 tahun, telah berkomplot dengan dua lagi lelaki, Sharavindran Suppiah, 32 tahun, dan Veeramani Subran Das, 37 tahun.




Ketiga-tiga mereka merupakan warga Singapura.

 



Jegatheesh mengaku bersalah hari ini kerana berkonspirasi merompak kedai barang kemas Hock Cheong Jade and Jewellery di Blok 574, Ang Mo Kio Avenue 10 pada 14 Ogos 2019.




Sharavindran mengaku melakukan kesalahan termasuk menerima barangan yang dicuri dan akan dijatuhkan hukuman esok (Jumaat, 13 Nov).

 



Sementara itu, Veeramani, yang telah memandu kereta yang digunakan semasa rompakan tersebut, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan pada 2 November lalu setelah mengaku bersalah.

 



Timbalan Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran dan Jeremy Bin berkata Jegatheesh bertemu dengan Sharavindran dan Veeramani di Geylang sekitar 9 malam pada 13 Ogos tahun lalu untuk merancang rompakan kedai barang kemas itu, lapor The Straits Times.

 



Mahkamah diberitahu Jegatheesh telah menyasarkan kedai barang kemas tersebut kerana ia tampak lama dan menjangkakan ia tidak dilengkapi dengan sistem penggera.

 



Dia juga tahu pemilik kedai tersebut, Encik Ling Hew Kwong, 70 tahun, dan abangnya, Encik Leng Yew Weng, 75 tahun, sudah lanjut usia.

 



Namun, semasa rompakan tersebut, kedua-dua pemilik itu sempat menekan butang penggera yang tersembunyi untuk memberi amaran kepada firma keselamatan luaran mengenai rompakan tersebut.

 



Kedua-dua pemilik kedai itu tidak melawan Jegatheesh kerana dia lebih besar daripada mereka. 




Namun, Encik Ling menjerit meminta tolong kepada dua orang yang berada dekat situ, dan salah seorang daripada mereka memanggil polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >