Penjara sembilan minggu dek elak NS lebih empat tahun

SEORANG lelaki warga Singapura yang dilahirkan di sini pada 1996 namun meninggalkan Singapura untuk ke Hong Kong tahun selanjutnya, telah memutuskan untuk sambung pengajiannya di Universiti Lancaster di England, walaupun Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) telak menolak permintaannya untuk penangguhan.

Setelah mengelak tanggungjawab perkhidmatan negaranya (NS) selama empat tahun, lapan bulan dan 30 hari, Jonathan Lee Han Wen, 22 tahun, kembali ke Singapura pada 3 September tahun lalu, dan memulakan perkhidmatannya sebulan lewat.

Lee, yang kini seorang anggota NS sepenuh masa bersama Angkatan Bersenjata Singapura, telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan minggu, setelah mengaku bersalah terhadap empat dakwaan di bawah Akta Pendaftaran (Enlistment Act) hari ini (5 November).

Dia juga tidak mempunyai permit keluar yang sah di antara 2013 dan tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Gabriel Lim berkata ibu Lee, Cik Lim Kim Lian, seorang warga Singapura manakala bapanya, seorang warga British dan penduduk tetap Hong Kong.

Lee dan keluarganya ke Hong Kong pada 19 Januari 1997, dan tahu akan tanggungjawab NS-nya di Singapura walaupun dia masih berada di sekolah rendah.
 

Galeri Foto