Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Penjara S'pura dikecam atas nama majalah yang kurang sensitif

Sep 16, 2019 | 02:16 PM

PERKHIDMATAN Penjara Singapura (SPS) akan menukar nama majalah keluaran mereka kepada yang lebih sesuai selepas orang awam menyuarakan keprihatinan mereka terhadap nama ‘Panopticon’ yang sekarang.

Beberapa netizen dan ahli akademik telah menyatakan bahawa nama tersebut merujuk kepada konsep Panopticon, iaitu satu kepercayaan yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Inggeris, Jeremy Bentham, di mana masyarakat dapat diubah menggunakan teknik pengawasan berterusan.

Menurut konsep itu, orang ramai akan mengawal kelakuan mereka sendiri atas sebab takut.

Jurucakap SPS mengakui bahawa istilah tersebut boleh disalah anggap, dan mungkin menyampaikan imej yang salah lagi tidak diingini.

Menurut beliau, nama tersebut telah diberikan dan digunakan sejak 2009 demi merujuk kepada reka bentuk infrastruktur dan pengurusan penjara, yang membolehkan pegawai mengawasi penghuni dengan lebih cekap lagi berkesan.

Dari Julai, orang ramai diberi akses membaca majalah tersebut, malah ia boleh didapati di lelaman SPS.

"Ciri-ciri Panopticon boleh didapati dalam banyak penjara moden hari ini, dan nama itu selaras dengan misi SPS untuk memastikan penjagaan penghuni penjara yang selamat, dan pada masa yang sama memulihkan mereka," kata jurucakap itu.

Walau bagaimanapun, SPS akan menjalankan satu semakan dalaman untuk menukar nama majalah tersebut selepas menerima maklum balas daripada orang ramai.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian