Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara tiga bulan bagi lelaki yang serang AP GRC Jurong

Oct 23, 2018 | 03:42 PM



SEORANG lelaki dengan sejarah penyalahgunaan dadah dihukum penjara tiga bulan hari ini (23 Oktober) kerana menyerang Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong Dr Tan Wu Meng.



Mohammad Ameen Mohamed Maideen, 32 tahun, yang menganggur, melakukan kesalahan itu semasa Sesi Bertemu Penduduk di Blok 334 Clementi Avenue 2, sekitar 10 malam pada 16 April lalu.



Video kejadian itu dimainkan di mahkamah hari ini dan ia menunjukkan Ameen berjalan ke arah Dr Tan sebelum menyambar leher AP itu menggunakan tangan kirinya.



Dia kemudian menolak Dr Tan ke dinding dan menumbuknya beberapa kali sebelum dihentikan oleh orang lain yang berada di sekeliling.



Dr Tan juga  Setiausaha Parlimen Kanan bagi Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan. 



Ameen, yang tidak diwakili, memberitahu mahkamah yang beliau "kemurungan" apabila melakukan kesalahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >