Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMATIAN DI KOLONG BLOK TAMPINES

Penjawat awam diberkas, dakwa bocor mesej pengawasan polis

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG penjawat awam berusia 37 tahun telah diberkas kerana didakwa membocorkan mesej pengawasan polis yang mengandungi maklumat mengenai suspek yang terlibat dalam insiden tikaman di Tampines, pada Rabu lalu.



Polis semalam berkata bahawa lelaki itu disyaki telah melakukan kesalahan menyampaikan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Lelaki itu, dari agensi pemerintah lain, telah menerima mesej pengawasan setelah polis menghantarmaklumat ke pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang sekitar 7.30 pagi Rabu lalu, setelah identiti suspek dalam kejadian tersebut diketahui.



Mesej itu merangkumi nombor laporan polis, nama, gambar, tarikh lahir dan kerakyatan suspek.



Ia juga menyertakan gambar yang diambil dari kamera keselamatan yang menunjukkan individu dipercayai seorang suspek.



Penjawat awam itu didakwa telah mengambil gambar daripada mesej pengawasan dan telah mengongsikannya melalui WhatsApp dengan rakannya, seorang lelaki berusia 60 tahun, yang tidak diberi kuasa untuk menerima maklumat rahsia.



Mesej itu kemudian disebarkan oleh rakan itu kepada penerima lain yang tidak dibenarkan, yang menyebabkan peredarannya menjadi lebih luas.



Polis berkata siasatan masih dijalankan.



"Pemerintah memandang serius perlakuan komunikasi yang tidak dibenarkan mengenai maklumat sulit dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melakukannya," kata polis.



Kesalahan menyampaikan maklumat yang salah di bawah OSA boleh dikenakan denda hingga $2,000 dan penjara sehingga dua tahun.



Penerima yang tidak dibenarkan yang seterusnya menyebarkan maklumat sulit yang diterima mungkin juga bertanggungjawab di bawah OSA.



Dalam insiden Rabu lalu, mangsa, Cik Iris Ting Su Yin, 42 tahun, telah ditemui di kolong sebuah blok di Tampines dalam keadaan berlumuran darah dengan luka di lehernya.



Ibu kepada tiga anak itu meninggal pada hari yang sama, tidak lama setelah dibawa ke hospital.



Beberapa jam selepas dia ditemui, lelaki yang dikahwininya pada Jun 2000 ditemui di kaki sebuah blok di Punggol.



Ng Chee Kok, 45 tahun, yang dipercayai menyerang Cik Ting, juga meninggal dunia setelah dibawa ke hospital.



Perkahwinan pasangan itu difahamkan bermasalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Cik Ting pindah dari rumah mereka di Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >