Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA HENTI EKSPORT AYAM

Penjual ayam siap tawar bekalan alternatif kepada pelanggan

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



PENJUAL ayam di sini telah pun membuat persiapan untuk menawarkan ayam beku ketika bekalan ayam segar dan hidup kehabisan kerana import ayam dari Malaysia berhenti hari ini.



Antara persiapan yang dilakukan termasuk membuat perjanjian bersama pembekal mereka untuk mendapatkan akses kepada ayam yang disejukkan, atau chill, serta memaklumkan kepada pelanggan tentang kemungkinan harga ayam akan dinaikkan dalam beberapa minggu akan datang.



Mulai hari ini, Malaysia akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam selama sebulan.



Beberapa penjual ayam yang ditemui Berita Harian (BH) di Pasar Geylang Serai semalam, berkata pelanggan mereka memahami keadaan tersebut dan tidak membeli ayam segar secara berlebihan.



Menempah hampir 60 ekor ayam setiap hari untuk jualannya, pemilik gerai Elly Sukma, Cik Elly Sukmawarni Sukardi, berkata beliau tidak khuatir akan kekurangan ayam segar sementara ini.



Cik Elly menjelaskan bahawa beliau telah membuat perjanjian bersama pembekalnya baru-baru ini untuk terus menawarkan ayam yang segar.



"Pembekal saya telah memaklumkan bahawa mereka masih mempunyai bekalan ayam segar yang mereka akan simpan buat sementara ini.



"Apa yang mereka akan lakukan adalah untuk masukkan ayam dalam peti ais supaya ia boleh disejukkan dan kami masih dapat terus menawarkan ayam tersebut kepada pelanggan kami," kata Cik Elly, 47 tahun.



Selain daripada hanya menawarkan ayam kampung dan ayam segar, Cik Elly berkata beliau turut menawarkan bahagian ayam beku berlainan seperti kepak ayam dan paha ayam.



"Tetapi jika bekalan ayam segar atau ayam chill daripada pembekal kami sudah habis, saya masih akan teruskan perniagaan dengan menjual ayam beku," jelasnya.



Meskipun terdapat orang ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya dan pasar untuk mendapatkan ayam, ketika BH meninjau Pasar Geylang Serai semalam, kami tidak menyaksi barisan yang panjang di gerai-gerai dan keadaan kelihatan agak tenang.



Mengulas tentang keadaan tersebut, Encik Abdul Rahim Abu, pembantu gerai dan abang kepada pemilik gerai Muhaimin, berkata ia bukan keadaan huru-hara yang dibayangkan ramai.



Meskipun mereka masih menawarkan ayam segar sementara ini, Encik Rahim berkata mereka sudah mula untuk meningkatkan jumlah ayam beku yang ditempah.



"Sekarang ayam segar yang kita tempah adalah kira-kira 1.5 hingga 1.6 kilogram.



"Ayam beku yang kami ada adalah hanya 1 hingga 1.3 kilogram.



"Jadi kami akan terus memantau keadaan dan sekiranya ada permintaan untuk ayam yang lebih besar, kami akan tempah lebih banyak ayam beku yang lebih berat," katanya, yang kini menempah sebanyak 10 hingga 15 kotak ayam beku sehari.



Walaupun banyak gerai-gerai ini nampaknya masih menyediakan ayam segar dalam beberapa hari akan datang, ada juga yang kini sudah beralih kepada hanya menawarkan ayam beku.



Antaranya ialah Gerai Abu Bakar Fresh and Frozen Meat.



Sebelum ini, gerai itu hanya menempah sebanyak 40 ayam segar , namun kini, sekitar 70 ayam beku ditempah sehari.



"Semua orang terjejas, jadi kami seharusnya bergerak dengan pantas untuk terusmenawarkan ayam bagi pelanggan kami.



"Mungkin ia lebih mahal sedikit, tetapi saya rasa orang ramai masih membelinya untuk masakan harian mereka," katanya, sambil menambah bahawa kos ayam beku kini meningkat sebanyak 20 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >