Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Penjual beg tangan berjenama didenda $190,000 kerana elak GST

Apr 28, 2016 | 03:11 PM

SEORANG penjual beg tangan dan dompet berjenama didenda $190,000 kerana mengelak cukai barang dan perkhidmatan (GST), menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis (28 April).

Yu Chung Tan, rakan kongsi di LovethatBag LLP, yang menjual beg mewah dalam talian dan pada acara jualan awam, mengaku bersalah terhadap 18 pertuduhan dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Negara pada Rabu.

Sebanyak 37 lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Jika gagal membayar denda itu, Yu, 47 tahun, boleh dihukum penjara hampir setahun.

Dia mengimport 2,338 beg tangan berjenama melalui pos barangan 41 kali antara Oktober 2011 dan Oktober 2013.

Berita Popular

Dalam usaha mengelak membayar GST, Yu mengarahkan pembekalnya menunjukkan nilai beg itu di bawah $400 dalam dokumen import yang dikemukakan kepada Kastam Singapura.

Siasatan juga mendedahkan bahawa Yu keluar negara 14 kali dari April 2012 hingga Februari 2014, membeli 519 barang berjanama, termasuk beg, dompet, baju, payung dan kasut.

Yu merancang menjual barang-barang itu di Singapura, dan walaupun mengetahui barang-barang yang diimport untuk jualan tertakluk pada GST, dia tidak mengisytiharkannya bagi pembayaran GST semasa tiba di Lapangan Terbang Changi.

Jumlah GST yang dielaknya melebihi $54,460.

Kastam Singapura berkata Yu bertujuan menjimatkan kos supaya boleh meletak harga lebih kompetitif bagi barang-barang itu dan meningkatkan jualan.

Ketua Cawangan Penyiasatan Perdagangan Kastam Singapura, Cik Fauziah Abdul Sani, berkata ia sedang memantau dengan rapi amalan menyalahi undang-undang oleh peruncit.

"Mereka yang cuba mengelak duti dan cukai akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Di bawah Akta Kastam, sesiapa didapati bersalah mengelak GST secara menipu akan dikenakan denda hingga 20 kali jumlah cukai yang dielak dan/atau penjara hingga dua tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan duti Kastam atau GST boleh menghubungi Kastam Singapura di 1800-233-0000, e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg, atau menggunakan aplikasi mudah alih Customs@SG untuk melaporkannya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map