Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjual daging kambing Pasar Tekka antara kes jangkitan Covid-19 baru: MOH

Nov 29, 2020 | 12:16 AM



SEORANG penjual daging kambing berusia 60 tahun di Pasar Tekka adalah antara enam kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (28 November).



Dalam kenyataannya pada Sabtu malam, MOH menjelaskan bahawa wanita itu tidak menampakkan sebarang tanda penyakit dan dikesan menghidap koronavirus menerusi ujian pemantauan masyarakat yang dikendalikan buat pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.



Beliau kemudian dirujukkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit pada 27 November apabila hasil ujiannya mengesahkan dirinya positif Covid-19.



Ujian serologi bagi mengesan antibodi dalam darah juga positif lantas menunjukkan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



Menurut MOH, penjual daging kambing ini bekerja dengan seorang pekerja pembantu di gerai Pasar Tekka dan menetap di Yishun Street 22 bersama suaminya yang bertugas di pusat beli-belah Mustafa Centre sejak beberapa tahun lalu.



Wanita ini juga mengunjungi secara tetap anak-anaknya yang tinggal di Bishan Street 13 dan Tampines Street 86.



MOH menambah, siasatan epidemiologi kini sedang dijalankan. Buat masa ini, semua kontak rapat yang dikenal pasti termasuk anggota keluarga dan rakan sekerjanya sudah diasingkan dan dikuarantin. Mereka diuji pada awal dan akhir tempoh kuarantin agar dapat dikesan kes tanpa tanda jangkitan.



Ujian serologi juga akan dikendalikan bagi isi rumahnya dan kontak keluarga bagi mengenal pasti jika beliau dijangkiti oleh mereka.



Tiada kes dormitori dikesan pada Sabtu.



Lima kes import yang dikenal pasti MOH pula melibatkan empat kes yang bertugas di Singapura.



Dalam kalangan mereka adalah dua pemegang pas kerja yang mempunyai sejarah perjalanan dari Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). 



Dua lagi adalah pemegang permit kerja yang datang ke sini dari Malaysia dan Indonesia.



Baki satu kes lagi adalah pemegang pas tanggungan yang datang dari Arab Saudi.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN.



Lapan lagi kes pula sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 32 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Tiada kes dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) manakala 25 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >