Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjual ikan dari semua pasar akan jalani ujian Covid-19

Jul 17, 2021 | 05:18 PM



PENJUAL ikan di semua pasar-pasar setempat akan menjalani ujian Covid-19 setelah kelompok jangkitan virus itu diisytihar di Pelabuhan Perikanan Jurong kelmarin.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata semalam bahawa terdapat risiko jangkitan virus itu ke lain-lain pasar, memandangkan telah ada penularan daripada pelabuhan itu ke Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim.



“Sebagai langkat berjaga-jaga, MOH dengan kerjasama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengatur untuk semua penjual ikan di pasar-pasar menjalani ujian di pusat-pusat ujian kami dan mengagihkan kit ujian pantas antigen kepada mereka supaya mereka dapat terus memantau kesihatan masing-masing,” kata MOH dalam satu kenyataan.



Sementara itu, MOH turut mengesahkan 68 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura, dengan 60 daripadanya merupakan kes masyarakat.



Dari sejumlah itu, 29 kes tergolong dalam kelompok KTV. 



Sebanyak 33 kes masyarakat pula berkaitan dengan kes sebelum ini dan telah dikuarantin, manakala 22 kes pula berkait dengan kes awal dan dikesan menerusi ujian pengawasan. 



Lima kes tiada kaitan dengan kes lalu.



Mengenai kelompok di Pelabuhan Perikanan Jurong itu, MOH berkata mereka yang bekerja di pelabuhan tersebut antara 3 hingga 16 Julai telah pun dikuarantin. 



Operasi ujian khas pula akan dilakukan kepada pelawat ke pelabuhan tersebut sepanjang tempoh berkenaan. 



MOH menambah: “Kami faham ada yang tergesa-gesa untuk membeli ikan. MOH menasihatkan semua pengunjung ke pasar-pasar supaya mengelakkan tempat yang sesak dan berbelanjalan pada waktu tidak sibuk, atau di pasaraya.”



Pelabuhan Perikanan Jurong akan ditutup selama dua minggu bermula semalam hingga 31 Julai ini. Penutupan itu bertujuan untuk memutuskan rantaian jankitan Covid-19 dan membolehkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >