Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjual madu disiasat selepas dakwa produk boleh sembuhkan Covid-19 dalam masa 18 hari

Dec 15, 2021 | 06:11 PM



SEORANG penjual madu sedang disiasat oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana mendakwa produknya boleh menyembuhkan Covid-19.



Natural Wild Honey, yang menjual madu dari Indonesia, mendakwa bahawa jika seseorang mengambil 12 botol produknya, keputusan ujian Covid-19 boleh bertukar dari positif ke negatif dalam masa 18 hari sahaja.



Syarikat itu juga telah mengeluarkan jaminan akan mengembalikan wang, menawarkan untuk memulangkan harga penuh sebanyak $800 untuk 12 botol itu sekiranya pelanggan mereka tidak sembuh daripada virus itu.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, SFA berkata ia sedar akan dakwaan itu dan sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat tersebut. 



Seoran jurucakap SFA menambah bahawa di bawah Peraturan Makanan Singapura, perniagaan tidak seharusnya membuat sebarang tuntutan atau cadangan bahawa makanan boleh mencegah, meringankan atau menyembuhkan sebarang penyakit atau keadaan yang menjejaskan tubuh manusia.



Satu-satunya makanan yang dikecualikan daripada peraturan ini adalah tumbuhan sterol dan stanol yang dibenarkan, dan barli dan bijiran glucan.



“Kami ingin menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada doktor bagi Covid-19 serta merujuk kepada sumber maklumat yang boleh dipercayai,” kata SFA.



“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peruncit yang ingkar jika kami mendapat bukti yang mencukupi.”



Agensi itu juga menasihatkan orang ramai yang menemui sebarang dakwaan yang mengakibatkan kekeliruan tentang sesuatu produk makanan supaya melaporkannya melalui borang maklum balas dalam talian menerusi laman https://csp.sfa.gov.sg/feedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >