Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penjualan flat jualan semula HDB merosot

Selepas meningkat tiga bulan berturutan sejak November tahun lalu
Mar 05, 2021 | 05:30 AM



PENJUALAN flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merosot bulan lalu setelah meningkat selama tiga bulan berturut-turut sejak November tahun lalu.



Pada masa yang sama, sebanyak 23 flat HDB yang berharga sekurang-kurangnya $1 juta telah bertukar tangan bulan lalu, mencapai satu rekod baru.



Menurut perangkaan awal portal hartanah SRX Property, sebanyak 2,165 flat jualan semula bertukar tangan pada Februari, merosot 13.4 peratus berbanding Januari lalu.



Namun, berbanding setahun lalu, penjualan pada Februari telah meningkat 29.8 peratus.



Harga flat jualan semula pula meningkat 1.4 peratus pada Februari, berbanding sebulan lalu.



Berbanding setahun lalu, harga flat jualan semula meningkat 8.3 peratus.



Sebanyak 23 flat HDB yang berharga sekurang-kurangnya $1 juta telah bertukar tangan, berbanding 13 unit sedemikian pada Januari.



Ini merupakan bilangan rekod flat berharga sekurang-kurangnya sejuta dolar yang telah bertukar tangan dalam satu bulan, menurut laporan SRX.



Dalam dua bulan pertama 2021, sejumlah 36 flat sedemikian telah bertukar tangan, satu kenaikan 350 peratus berbanding lapan unit dalam tempoh sama tahun lalu.



Harga paling tinggi bagi flat jualan semula pada Februari ialah $1,210,000 bagi unit maisonette eksekutif di Toh Yi Drive.



Di estet bukan matang, harga paling tinggi ialah $890,000 bagi unit maisonette eksekutif premium di Choa Chu Kang Street 64.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata enam daripada unit sejuta dolar yang dijual itu terletak di Pinnacle@Duxton, sementara empat unit terdiri daripada unit Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di The Peak @ Toa Payoh.



Empat maisonette yang luasnya lebih 140 meter persegi juga dijual dengan harga lebih $1 juta.



Secara keseluruhannya, dari segi jenis flat, harga meningkat 1.7 peratus pada Februari berbanding sebulan lalu bagi flat tiga bilik, 0.9 peratus bagi empat bilik, 2.3 peratus bagi lima bilik, dan 0.8 peratus bagi flat eksekutif.



Harga di estet matang meningkat 1.7 peratus pada Februari berbanding sebulan lalu, manakala harga di estet bukan matang meningkat 1.1 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >