Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penolong guru kini jadi pengetua prasekolah

Jul 17, 2022 | 05:30 AM

APABILA suaminya dibuang kerja hampir dua dekad lalu, Cik Noorlinda Buang, yang ketika itu merupakan suri rumah, membuat keputusan untuk kembali bekerja, dan menyertai sektor pembangunan awal kanak-kanak.

Namun, apa yang pada mulanya merupakan sumber cari rezeki untuk menyara keluarga lama-kelamaan menjadi kerjaya bermakna dan memuaskan baginya.

Berbekalkan semangat dan minat mendalam, Cik Noorlinda berjaya mendaki tangga kerjaya dari seorang penolong guru prasekolah hingga ke pengetua pusat PCF Sparkletots @ Jurong Central Blk 404.

Ketika dihubungi Berita Harian baru-baru ini, Cik Noorlinda menceritakan tentang detik yang membuatnya rasa 'terpanggil' untuk berkhidmat dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak.

Ketika sedang bekerja sambil belajar di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, Cik Noorlinda rasa terkesan apabila melihat kanak-kanak yang keperluan asasnya tidak terjaga - kelihatan tidak terurus, baju kotor, rambut tidak disikat.

"Rasa simpati timbul... saya pun cuba melakukan sesuatu untuk menggembirakan mereka. Walaupun perkara itu kecil, kanak-kanak itu memeluk saya... ia membuat saya gembira.

"Setelah itu saya pun menjalinkan hubungan bersama ibu bapa mereka, dan sedar bahawa saya merupakan penghubung yang penting," ujar ibu empat anak itu dengant bersemangat.

Cik Noorlinda merupakan antara pendidik dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak yang telah melalui Program Pembangunan Profesional (PDP) tiga tahun di bawah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).

Sejak pelancaran PDP pada 2016, seramai 2,735 pendidik telah dilantik masuk PDP, dengan sekitar 650 daripada mereka berjaya selesai program itu.

Terdapat tiga PDP - untuk guru prasekolah, pendidik dan pemipin prasekolah, dan kakitangan yang menjaga kanak-kanak sehingga tiga tahun. Peserta meluangkan 180 jam selama tiga tahun dalam kursus dan projek yang mengasah kemahiran kepimpinan dan profesional, dan yang menyediakan mereka untuk tanggungjawab lebih besar di tempat kerja.

Berkongsi perjalanannya, Cik Noorlinda berkata antara pengalaman membuka mata ialah kunjungannya ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taiwan, yang menunjukkannya kepentingan usaha seluruh masyarakat untuk membesarkan seorang anak.

"Saya mendapat inspirasi daripada pemimpin prasekolah di situ, yang mengambil kanak-kanak berkeperluan khas," katanya.

Beliau, yang dahulunya ragu-ragu dengan kebolehannya untuk menangani kanak-kanak berkeperluan khas, berkata beliau kini lebih yakin.

"Bak kata pepatah Inggeris, ia memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak. Siapa lagi yang akan membantu mereka? Pusat prasekolah perlu bantu," ujarnya.

Pusat kendaliannya kini mempunyai lima kanak-kanak berkeperluan khas, dengan seorang penolong guru yang kurang upaya intelektual tahap sederhana.

Cik Noorlinda turut mengatakan bahawa beliau mendapati bahawa guru-guru di pusatnya yang telah menjalani PDP diperkasa, lebih berupaya dan mempunyai pengetahuan yang baik.

Mengingatkan tentang amanah seorang pendidik, Cik Noorlinda berkata:

"Ia penting bagi pendidik untuk terus mempertingkat diri kerana trend pembelajaran berubah-ubah. Anda juga perlu tahu apa cabaran sedia ada dan pandai mengubah pendekatan.

"Pendidik perlu ingat bahawa kanak-kanak tidak akan pernah mengadu, tetapi ia tanggungjawab kita untuk memerhatikan mereka, dan menjadi suara mereka."


"Ia penting bagi pendidik untuk terus mempertingkat diri kerana trend pembelajaran berubah-ubah. Anda juga perlu tahu apa cabaran sedia ada dan pandai mengubah pendekatan.
Pendidik perlu ingat bahawa kanak-kanak tidak akan pernah mengadu, tetapi ia tanggungjawab kita untuk memerhatikan mereka, dan menjadi suara mereka."

- Cik Noorlinda Buang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3