Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penolong Pengarah Pejabat Mufti perjelas soal suami yang kasari isteri

Oct 16, 2017 | 05:30 AM



Terdapat beberapa kemusykilan tentang keganasan domestik baru-baru ini. Dua asatizah tempatan, Ustaz Irwan Hadi dan Ustaz Mohammad Zaid Isahak, menjelaskan pendekatan ulama tentang isu itu dan peri pentingnya menyesuaikan hubungan keluarga dalam kontek kehidupan hari ini.



PENOLONG Pengarah Pejabat Mufti Ustaz Irwan Hadi berkata Nabi Muhammad saw tidak pernah memukul sebarang kanak-kanak atau wanita termasuk isteri-isterinya.



Bahkan ulama mahu orang ramai menjauhi daripada sebarang bentuk kekasaran atas nama mendisiplinkan pasangan.



Ustaz Irwan memberi penjelasan sedemikian menerusi Facebooknya semalam semasa menjawab persoalan tentang keganasan domestik.



Persoalan yang diajukan ialah "pasangan saya memukul saya kerana dia kata saya tidak mentaatinya. Saya dengar Al-Quran membolehkan ini. Adakah benar?"



Memberikan respons, Ustaz Irwan berkata:



"Jawapan segera saya terhadap soalan ini ialah sama sekali tidak."



Beliau menerangkan istilah 'wadhridbuhunna' tidak boleh difahami secara harfiah sebagai lesen untuk 'memukul', menyakiti atau mengasari pasangan anda secara lisan, secara fizikal atau emosi.



"Walaupun ada orang mengatakan bahawa sarjana tidak membenarkan suami mengambil pendekatan fizikal sedemikian dan oleh itu ada tafsiran yang mengatakan dia boleh memukulnya walaupun "dengan tuala" atau dengan miswak kecil, ini sekali lagi harus difahami bukan sebagai satu bentuk lesen," jelas Ustaz Irwan.



Sebaliknya ulama mahu orang ramai menjauhi daripada sebarang bentuk kekasaran atas nama mendisiplinkan pasangan.



Malah seorang tabi'in terpelajar, Atho 'bin Abi Rabah, dilaporkan telah mentafsirkan istilah 'fadhribuhunna' sebagai hanya melahirkan rasa kurang senang dan rasa marah (yaghdab alaiha) dan bukannya memukul secara fizikal.



"Tafsiran ini, pada pandangan saya, adalah paling dekat dengan contoh daripada Nabi Muhammad saw yang perbuatannya adalah tafsiran terbaik Al-Quran.



"Isterinya, Sayidatina Aisyah, dilaporkan oleh Imam Muslim telah mengatakan bahawa Nabi tidak pernah memukul sebarang kanak-kanak atau wanita termasuk isteri-isterinya," ujar Ustaz Irwan.



Beliau juga menukil contoh ketika Nabi pernah diminta memberi nasihat tentang bagaimana suami harus memperlakukan isteri, baginda berkata, "Kongsi dengan mereka makanan yang kamu miliki untuk diri sendiri, dan beri mereka pakaian yang kamu sendiri pakai, dan jangan memukul mereka, dan jangan menghina mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)



Ustaz Irwan juga menukil contoh bahawa Rasulullah pernah menegur orang yang menggunakan tangannya terhadap isteri mereka dan dalam tradisi tertentu jelas melarang "memukul isteri" dengan menyatakan, "Janganlah memukul hamba-hamba Allah!" selepas perintah injunksi itu.



Ini mendorong ulama seperti Ibn 'Ashur dalam Al-Tanwr wa-Tahrir bahawa ayat 34 daripada Surah An-Nisaa sebenarnya diturunkan untuk akhirnya menghapuskan keganasan rumah tangga dan sebahagian ulama lain berpandangan bahawa banyak hadis melarang memukul isteri.



"Contoh Nabi dalam rumahnya sendiri menggambarkan Prinsip Harmoni. Dengan tiada struktur keluarga yang menindas, hubungan peribadinya didasarkan pada komunikasi terbuka dan saling menghormati.



"Ia bercirikan keharmonian, rahmat dan kasih sayang. Hubungan seperti itu tidak memberi ruang bagi hirarki kesetanan, jantina atau sebaliknya, yang hanya mengakibatkan perselisihan, sikap melawan dan sifat penindasan yang ditegah Islam," jelas beliau.



Ustaz Irwan juga menggesa masyarakat supaya mengingati 'Prinsip Harmoni' di dalam Al-Quran.



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.



"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum: 21)



Dalam khutbah Jumaat Majlis Ugama Islam Singapura pada Julai lalu, umat Islam dinasihati supaya mengambil pendekatan tegas menghentikan keganasan keluarga.



Islam tidak pernah membenarkan, apatah lagi menggalakkan, keganasan rumahtangga. Sebaliknya umat Islam diajarkan agama supaya bersabar dan menumpukan perhatian kepada kebaikan dan kelebihan pasangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >