Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penolong pengurus stesen teman pelajar sekolah rendah hingga ke sekolah

Sep 19, 2023 | 07:02 PM

Sedia berkhidmat, tidak kira usia mahupun darjat.

Demikian sifat yang dipaparkan Penolong Pengurus Stesen SBS Transit Ltd, Encik Muhammad Farhan Mohammad.

Dalam satu catatan Facebook syarikat itu pada Ahad (17 September), seorang pelajar berusia enam tahun sesat semasa waktu sibuk pada sebelah pagi, di Stesen Bendemeer.

Pelajar itu, Gwen Tan, sedang dalam perjalanan ke sekolahnya di Sekolah Rendah St. Margeret’s bersama kakaknya apabila mereka terpisah.

Dia kemudian menghampiri Encik Farhan bagi meminta bantuan.

Tidak mahu pelajar itu membuat perjalanan berseorangan dan setelah mengesahkan sekolah itu terletak dalam jarak yang dekat, Encik Farhan menemaninya ke Stesen Mattar – iaitu dua stesen selepas Stesen Bendemeer – dan menghantarnya terus ke sekolah.

Pelajar itu kemudian disambut oleh gurunya berdekatan dengan sekolah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3