Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penolong peribadi ketua pengarah Agensi Makanan S'pura dan suami didakwa di bawah OSA, bocorkan maklumat pemutus rantaian jangkitan

Apr 21, 2021 | 03:20 PM



PENOLONG peribadi Ketua Pengarah Agensi Makanan Singapura (SFA) didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada Rabu (21 April) di atas kesalahan membocorkan maklumat mengenai penutupan sekolah sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 tahun lalu.



Akhbar The Straits Times melaporkan, Noorain Jubli, 38 tahun, dihadapkan dengan dua tuduhan menyampaikan maklumat secara tidak wajar - kes kedua sepanjang seminggu ini. Suaminya Khairul Annuar Zakaria, 39 tahun, juga berdepan dengan dakwaan serupa dan satu lagi kesalahan memancing maklumat yang tidak sepatutnya disebar.



Maklumat berkenaan dikatakan merupakan lakaran kenyataan media bersama oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan.



Kenyataan itu membentangkan butiran pelaksanaan pembelajaran dari rumah sepenuhnya yang dikendalikan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi serta penutupan prasekolah dan pusat jagaan pelajar.



Noorain mendapatkan maklumat rahsia itu daripada tampungan e-mel ketua pengarah itu. Dia dikatakan telah mengirim pesanan berupa maklumat berkenaan kepada suaminya sebelum ia didedahkan kepada awam secara rasmi. Suaminya pula dikatakan mengirimkan maklumat itu kepada teman-temannya.



Pada Selasa malam (20 April), polis dikatakan telah menerima laporan mengenai kejadian pada 3 April tahun lalu.



Noorain telah merakam foto kenyataan media itu daripada layar komputernya. Dia adalah penerima yang dibenarkan membaca lakaran kenyataan media itu.



Dia juga dikatakan telah mengambil foto senarai khidmat penting yang akan terus beroperasi sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dan kemudian mengirimnya kepada suaminya atas permintaan si suami.



Mereka boleh didenda hingga $2,000 dan dipenjara hingga dua tahun.



Mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 dan dijangka mengaku bersalah pada 11 Jun. 



Seramai 16 individu yang menerima maklumat ini dan berkongsinya kepada awam akan juga diberi amaran bertulis kerana menyampaikan maklumat yang tidak sewajarnya, kata polis.



Pada Rabu lalu, bekas timbalan ketua di Kementerian Kesihatan (MOH) didakwa di bawah OSA kerana membocorkan bilangan kes harian Covid-19 sebanyak 22 kali tahun lalu.



Zhao Zheng, 36 tahun, dikatakan berkongsi bilangan tersebut dalam kumpulan WeChat yang mempunyai 49 anggota lain sebelum MOH secara rasmi berkongsi jumlah kes itu.



Dia juga dituduh mendapatkan butiran rahsia pesakit Covid-19 tanpa keizinan di samping memberi maklumat itu kepada seorang lagi individu yang didakwa bersamanya, Tang Lin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >