Pensijilan bagi firma laksana pembelajaran di tempat kerja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pensijilan bagi firma laksana pembelajaran di tempat kerja

Pekerja akan punya sekitaran pembelajaran berstruktur, progresif di tempat kerja bagi pertingkat prestasi
May 07, 2021 | 05:30 AM

PEKERJA akan mempunyai sekitaran pembelajaran berstruktur dan progresif di tempat kerja, yang akan membolehkan mereka meningkatkan prestasi mereka.

Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, semalam melancarkan Pensijilan Pembelajaran Tempat Kerja Nasional yang bertujuan membantu syarikat berpangkalan di Singapura melaksana keupayaan dan amalan pembelajaran tempat kerja progresif.

Pensijilan itu dibangunkan oleh Pusat Kecemerlangan Nasional bagi Pembelajaran di Tempat Kerja (NACE), yang dipimpin oleh Politeknik Nanyang dan disokong oleh SkillsFuture Singapore (SSG).

Encik Wong berkata melalui proses pensijilan, syarikat akan dapat menjalankan analisis keperluan latihan lebih sistematik, yang akan membolehkan mereka mengenal pasti dan merapatkan jurang dalam sistem latihan mereka untuk berjaya dan kekal berjaya.

"Pensijilan itu juga akan membolehkan kami membezakan syarikat yang telah membuat usaha ini dan meletakkan komitmen dan sumber untuk memperbaiki diri.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami berharap dari masa ke masa ini akan menjadi kunci perbezaan bagi syarikat untuk menarik dan mengekalkan bakat," kata Encik Wong.

NACE akan memberi syarikat yang berminat rundingan percuma untuk membantu mereka memperbaiki sistem pembelajaran tempat kerja mereka dan berusaha ke arah pensijilan selepas penilaian sendiri awal mereka.

Selepas permohonan pensijilan yang berjaya oleh syarikat, NACE dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura-Jerman (SGC) akan menjalankan lawatan ke lokasi untuk menilai usaha, keupayaan dan budaya pembelajaran tempat kerja syarikat itu.

Harga bagi pensijilan itu bermula daripada $2,800 dan pembayaran perlu dibuat kepada NACE.

Penilaian pensijilan syarikat itu menggunakan Rangka Kerja Pembelajaran Tempat Kerja Nasional, yang dibangunkan Januari tahun lalu hasil kerjasama dengan industri.

Dengan rujukan kepada model pembelajaran tempat kerja Jerman dan Switzerland, rangka kerja itu meliputi enam komponen yang penting bagi kecemerlangan pembelajaran tempat kerja, iaitu strategi, kepimpinan, perancangan, analisis keperluan latihan, sekitaran dan pelaksanaan dan proses.

Sebuah jawatankuasa penganugerahan, terdiri daripada ketua industri, telah dibentuk untuk menyemak dan meluluskan saranan penilaian oleh NACE dan SGC.

Syarikat lulus penilaian akan diberi pensijilan daripada empat peringkat, iaitu kecekapan pertubuhan pembelajaran tempat kerja, kecekapan pertubuhan pembelajaran tempat kerja (perak), kecekapan pertubuhan pembelajaran tempat kerja (emas) atau kecekapan pertubuhan pembelajaran tempat kerja (platinum).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map