Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pensyarah ITE berbakti di negara Dunia Ketiga

Dec 23, 2018 | 05:30 AM



APABILA ditugaskan ke negara Dunia Ketiga yang terpencil lagi dikhuatiri berbahaya bagi membantu tenaga pengajar dan pelajar di institusi kemahiran posmenengah, Encik Hizam Hashim, tidak menolak.



Sebaliknya, pensyarah kanan dan mentor jurusan teknologi sekitaran di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu menjalankan amanahnya di Nigeria dan Myanmar dengan rasa teruja.



Di benak Encik Hizam, 50 tahun, timbul keinginan menyalur bakti kemasyarakatan yang dirasakan membawa pulangan dalam bentuk pengalaman berharga yang boleh dikongsi dengan pelajarnya.



Dikenali dalam kalangan pelajar sebagai pendidik berihsan yang sedia membantu belia daripada keluarga memerlukan atau memiliki masalah keyakinan diri, beliau merupakan antara penerima Anugerah Guru ITE tahun ini.



Anugerah itu disampaikan kepada pendidik ITE era baru yang berkesan dalam membangkit semula semangat belia yang luntur.



Ketika ditemui Berita Minggu di Hotel Grand Copthorne Waterfront baru-baru ini, Encik Hizam, bapa tiga anak antara usia 17 dengan 21 tahun, yang sudah 13 tahun bertugas di ITE, berkata:



"Sejauh ini, saya ditugaskan ke Myanmar, Jordan dan Nigeria bagi menyiapkan sukatan pendidikan dan mengendalikan peperiksaan.



"ITE menjalin kerjasama dengan Pusat Latihan Kemahiran Model di Ahuja, Nigeria. Projek ini adalah hasil kerjasama Dana Latihan Perindustrian (ITF) Nigeria.



"Pastinya apabila berada di negara Dunia Ketiga, suasananya tidak sama dari segi kelengkapan yang mereka miliki. Kami perlu kongsi kepakaran, membantu mereka hurai masalah dalam keterbatasan kemudahan serta menggunakan peralatan yang baik bagi memastikan mutu pembelajarannya setara dengan ITE."



Sebelum di ITE, Encik Hizam merupakan pengurus kejuruteraan di Esplanade dan antara kumpulan pengasas jabatan pengurusan kemudahan pusat seni itu.



Jurucakap ITE dalam e-melnya, menjelaskan program latihan luar negara ini membantu pendidik agar membangun minda sejagat.



"Pengalaman dan pendedahan itu membantu memperkukuh perspektif global dan pemahaman silang budaya di samping memberi pensyarah pelbagai kecekapan dan kemahiran dalam sekitaran antarabangsa dan berbilang budaya," tambahnya.



LAPORAN LANJUT: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >