Pensyarah NUS usul kenal pasti senarai laman dan penerbit berita palsu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SIDANG AWAM JAWATANKUASA PILIHAN

Pensyarah NUS usul kenal pasti senarai laman dan penerbit berita palsu

Mar 17, 2018 | 05:30 AM

TERBITKAN senarai laman dan sumber dalam talian yang menghasilkan kepalsuan, terutamanya yang berbaur perkauman.

Pengedar kandungan seperti Facebook dan Twitter juga harus dipertanggungjawab untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu.

Demikian antara saranan Penolong Profesor Perhubungan dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat, yang semalam tampil di hari ketiga sidang awam Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian yang Disengajakan.

Dr Elmie berkata, ketiadaan konflik kaum yang timbul daripada kepalsuan tidak bermakna kepalsuan sedemikian tidak berpotensi mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama di Singapura.

"Kepalsuan online yang disengajakan boleh mengikis kepercayaan sosial dan memecahbelahkan masyarakat mengikut kaum dengan cara yang tidak mudah ditarik balik.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Oleh itu, penting untuk melaksanakan lindungan terbaik untuk memelihara fabrik sosial kita," ujar Dr Elmie dalam perwakilan bertulisnya.

Ini memerlukan pelbagai bentuk undang-undang, inisiatif pendidikan serta penyelidikan mendalam terhadap kesan kepalsuan itu kepada masyarakat yang berbilang kaum.

Kepalsuan yang disengajakan boleh mencetuskan ketegangan apabila disebarkan selepas berlakunya krisis, kata Dr Elmie.

Beliau memberi contoh video palsu yang disebarkan di Facebook menunjukkan sekumpulan 'Muslim Pakistani sederhana' yang 'meraikan' serangan pengganas Paris pada November 2015 yang membunuh 130 orang.

Video itu sebenarnya memaparkan rakyat Pakistan meraikan kemenangan kriket negara mereka pada 2009.

Kepalsuan yang disebarkan itu telah mengakibatkan sentimen dan keprihatinan Islamofobia waktu itu.

Oleh itu, Dr Elmie mengusulkan undang-undang yang memaksa pengedar kandungan seperti Facebook dan Twitter untuk menghentikan penyebaran berita palsu dalam wadah mereka.

Katanya, pengedar kandungan ini harus dipertanggungjawab bagi kegagalan untuk menghentikan penyebaran daripada bot atau spam, dan bukan untuk kandungan.

Pengedar kandungan itu juga harus dipertanggungjawab bagi "kekurangan penjelasan atau ketelusan atau usaha dalam pengawalan diri mereka untuk menghentikan kandungan itu daripada disebarkan dalam wadah mereka," kata Dr Elmie.

Beliau turut menyarankan agar pengedar kandungan itu menerbitkan maklumat tentang tindakan dan kaedah yang digunakan untuk melindungi pengguna daripada kepalsuan di wadah itu.

Mereka juga harus memberi perkembangan tentang pelbagai tindakan itu termasuk bilangan akaun bot dan palsu yang dipadamkan, senarai sumber dan laman yang dilarang, serta asal usul akaun dan laman itu.

Beliau menambah laman pemeriksaan fakta setempat, yang memberi maklumat disesuaikan kepada konteks dalam negeri, harus dipertingkat dan dikemas kini.

Kepalsuan dalam talian tidak boleh dicegah sama sekali, namun langkah perlindungan harus mengambil kira kesan segera dan jangka panjang kepalsuan itu, kata Dr Elmie.

Beliau berpendapat bahawa undang-undang dan usaha berlandaskan pendidikan seperti celik media diperlukan untuk membina daya tahan jangka panjang.

Ditanya anggota Jawatankuasa Pilihan, Cik Chia Yong Yong, yang juga Anggota Parlimen Dilantik (NMP), tentang kesan jangka panjang kepalsuan, Dr Elmie berkata perkara yang 'separuh benar' jika tidak diatasi lama kelamaan boleh membentuk pandangan seseorang.


SEKILAS

Saranan Dr Elmie Nekmat, Penolong Profesor Perhubungan dan Media Baru, Universiti Nasional Singapura (NUS)

  • Senaraikan laman dan sumber dalam talian yang menghasilkan kepalsuan
  • Pengedar kandungan, seperti Facebook dan Twitter, harus dipertanggungjawab menghentikan penyebaran maklumat palsu
  • Pengedar kandungan harus menerbitkan maklumat tentang tindakan melindungi pengguna daripada kepalsuan
  • Pengedar kandungan harus beri perkembangan tentang tindakan mengatasi kepalsuan, termasuk bilangan akaun palsu atau bot yang dipadamkan
  • Laman pemeriksaan fakta setempat harus dipertingkat dan dikemas kini

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map