Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pentadbir kumpulan sembang lucah diperintah jalani rawatan

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pentadbir kumpulan sembang atau 'chat group' SG Nasi Lemak di Telegram, yang mempunyai gambar-gambar dan video lucah, semalam diperintah menjalani rawatan mandatori selama setahun.



Leonard Teo Min Xuan, 27 tahun, telah didiagnos dengan gangguan kemurungan dan satu laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan ini menyumbang kepada kesalahan yang dilakukannya.



Menjalani perintah rawatan mandatori bermakna Teo akan menerima rawatan psikiatrik untuk mengatasi isu mentalnya sebagai ganti kepada tempoh penjara.



Teo merupakan yang terakhir dalam kalangan empat lelaki yang dihukum atas kumpulan sembang itu, yang pernah mempunyai seramai 44,000 anggota.



Dia sebelum ini telah mengaku bersalah kerana berkongsi bahan lucah menerusi wadah alat elektronik dan memiliki 427 gambar lucah.



Lagi satu tuduhan memiliki 99 video lucah dipertimbangkan sewaktu menjatuhkan hukuman.



Mahkamah mendengar bahawa empat warga Singapura itu diberkas pada Oktober 2019 setelah siri laporan polis dilakukan antara Mac dengan Oktober tahun itu.



Dua daripada mereka - Justin Lee Han Shi, yang waktu itu berusia 20 tahun, dan seorang belia berusia 18 tahun - dikenakan probesen.



Remaja itu tidak boleh dinamakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda. Dia berusia 17 tahun pada waktu kesalahan dilakukan pada Oktober 2019.



Pesalah ketiga - Liong Tianwei, 39 tahun, yang juga seorang pentadbir kumpulan sembang itu - dihukum penjara sembilan minggu dan didenda $26,000 pada Mac tahun ini.



Kumpulan perbualan Telegram itu dimulakan pada November 2018 dan digunakan sebagai wadah untuk berkongsi gambar dan video lucah, banyak di antaranya dipercayai melibatkan wanita di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >