Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting bagi individu usaha sendiri tingkat kemahiran, majikan beri sokongan: Chun Sing

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi individu menerajui usaha sendiri dalam mempertingkat kemahiran mereka, namun juga sama penting adalah sokongan yang diberi majikan dalam usaha tersebut, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Encik Chan, yang berucap di majlis Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture semalam, berkata syarikat memainkan peranan penting dalam menyokong kakitangan mempertingkat kemahiran supaya mereka dapat terus mara dalam kerjaya atau beralih ke sektor baru.



Majikan juga perlu mengiktiraf kemahiran yang diraih pekerja.



Itu sebabnya mengapa rancangan lima tahun semasa bagi SkillsFuture, yang dipanggil Tahap SkillsFuture yang Seterusnya, memberi tumpuan pada memperkukuh peranan syarikat dalam ekosistem kemahiran, tambah Encik Chan.



"Ini kadangkala dilihat sebagai satu kos perniagaan, namun hakikatnya, ia adalah pelaburan dalam masa depan syarikat.



"Syarikat yang melabur dalam aset terpenting mereka - tenaga kerja mereka - mendapat manfaat daripada berbuat demikian," kata beliau.



Malah, satu kajian Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan SkillsFuture Singapura (SSG) baru-baru ini menunjukkan syarikat yang melabur dalam latihan bagi kakitangan mereka melaporkan hasil pulangan positif, termasuk pendapatan dan produktiviti lebih tinggi serta kadar pengekalan pekerja lebih baik.



Semalam, seramai 18 warga Singapura dan 11 majikan menerima penghargaan tertinggi bagi dedikasi mereka terhadap penguasaan dan pembangunan kemahiran di majlis Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture.



Majlis itu, yang diadakan secara hibrid di Marina Bay Sands dan juga dalam talian, turut dihadiri tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.



Anugerah Biasiswa SkillsFuture diberikan kepada individu yang merupakan pakar kemahiran dalam bidang masing-masing dan pejuang pembelajaran sepanjang hayat serta komited menjadi mentor kepada orang lain.



Anugerah Majikan SkillsFuture pula mengiktiraf majikan contoh yang menyokong kuat pembelajaran berterusan dengan membuat pelaburan besar dalam pembangunan kemahiran kakitangan mereka.



Encik Chan, dalam ucapannya, menambah bahawa individu yang terus belajar akan dapat melengkapi diri mereka dengan lebih baik untuk mengharungi cabaran dan merebut peluang baru.



"Pemikiran pembelajaran sedemikian khususnya relevan dalam waktu seperti pandemik ini.



"Oleh itu, kami telah memperkukuh sokongan buat rakyat Singapura dalam peningkatan kemahiran agar kita boleh muncul lebih kukuh dalam ekonomi pascaCovid-19," kata beliau.



Ini termasuk melancarkan Program Laluan Kemahiran SGUnited dan Pertengahan Kerjaya SGUnited - Latihan Syarikat tahun lalu, yang telah disertai sekitar 18,000 warga negara sehingga Julai lalu.



Pemerintah turut menyokong lebih 212,000 tempat latihan antara Mac tahun lalu dengan Jun lalu menerusi Pakej Sokongan Latihan Dipertingkat yang dilancarkan bagi menggalak majikan mempertingkat kemahiran tenaga kerja mereka semasa pandemik ini.



Sementara itu, dalam satu kunjungan ke restoran Deli In The Park - antara penerima Anugerah Majikan SkillsFuture - kelmarin, Presiden Halimah berkata majikan memainkan peranan penting dalam mempertingkat kemahiran pekerja mereka kerana mereka perlu memastikan pekerja kekal relevan dalam pekerjaan semasa.



Selain itu, banyak industri kini sedang pesat berkembang dek kemunculan teknologi yang canggih.



Memberi contoh sektor makanan dan minuman (F&B), Puan Halimah berkata sektor itu kini banyak menerapkan penggunaan pendigitalan, automasi dan mekanisasi.



"Jika pekerja tidak mempertingkat kemahiran, mereka tidak akan dapat melakukan tugas.



"Oleh itu, majikan perlu menyediakan peluang bagi latihan, peningkatan, dan tentunya, ia mesti disokong oleh pembiayaan dan skim pemerintah yang baik.



"Selain itu, pekerja sendiri perlu bersedia melabur dalam diri mereka sendiri dan memanfaatkan semua peluang yang ada," kata beliau.




HARUS AMBIL INISIATIF



"Jika pekerja tidak mempertingkat kemahiran, mereka tidak akan dapat melakukan tugas.

Oleh itu, majikan perlu menyediakan peluang bagi latihan, peningkatan, dan tentunya, ia mesti disokong oleh pembiayaan dan skim pemerintah yang baik.

Selain itu, pekerja sendiri perlu bersedia melabur dalam diri mereka sendiri dan memanfaatkan semua peluang yang ada."

- Presiden Halimah Yacob, semasa mengunjungi Restoran Deli In The Park, antara penerima Anugerah SkillsFuture.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >