Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR PELAN KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Penting bagi pendidik terus dilengkapi kemahiran: Chun Sing

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



MELENGKAPKAN para pendidik dengan keupayaan dan kemahiran mengajar pelajar menerokai cabaran masa hadapan adalah sesuatu yang sangat penting.



Demikian dikatakan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, ketika bercakap dengan media selepas Seminar Pelan Kerja (WPS) Kementerian Pendidikan (MOE) di Singapore Expo semalam.



Memberi ringkasan mengenai perbincangan oleh para peserta seminar semasa sesi dialog dengan pasukan kepimpinan kanan MOE itu, beliau menyatakan bahawa mereka telah membincangkan mengenai keupayaan serta kecekapan yang diperlukan para pelajar serta pertingkatan kemahiran para pendidik.



Menurut beliau, ini adalah penting memandangkan terdapat begitu banyak perubahan dan ketidakpastian pada masa hadapan.



"Jika kita ingin para pelajar menyesuaikan diri, berdaya tahan dan kreatif, maka kita perlu melengkapkan para pendidik dengan keupayaan mengajar pelajar nilai-nilai dan kemahiran sedemikian.



"Contohnya, untuk mencetuskan rasa ingin tahu dalam para pelajar dan memastikan bahawa kejayaan mereka tidak ditentukan oleh apa yang telah mereka capai dalam 15 tahun pertama tetapi apa yang mereka akan capai dalam 50 tahun akan datang, para guru juga perlu dilengkapi kemahiran baru," ujar beliau.



Memberi contoh, Encik Chan berkata:



"Jika kita ingin pelajar menyesuaikan diri, berdaya tahan dan kreatif, maka kita perlu melengkapkan pendidik dengan keupayaan untuk mengajar pelajar nilai dan kemahiran sedemikian.



"Contohnya, untuk mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri pelajar dan memastikan kejayaan mereka tidak ditentukan oleh apa yang telah mereka capai dalam 15 tahun pertama, tetapi apa yang mereka akan capai dalam 50 tahun akan datang, guru juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran baru."



Beliau berkata takrif kejayaan harus diperluas - bukan sahaja dari segi definisi pencapaian, malah keupayaan seseorang untuk menyumbang kepada masyarakat.



Encik Chan menambah bahawa guru juga harus dilengkapkan dengan kemahiran mengajar pelajar berkeperluan tinggi serta cara untuk melibatkan ibu bapa dan memanfaatkan sumber masyarakat.



Dengan demikian, setiap orang memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak masa hadapan.



Beliau turut menarik perhatian bagaimana perkembangan peribadi seorang pendidik itu penting.



Pendedahan mereka kepada pengalaman bekerja di luar persekitaran pengajaran mereka boleh membawa perspektif baru kepada sistem pendidikan.



"Kita juga perlu melengkapkan pendidik dengan kemahiran untuk membantu pelajar menyedari potensi, memahami keunikan mereka serta mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka untuk mencari kedudukan mereka.



"Jika guru mempunyai pengalaman dari luar lingkungan persekitaran mereka, mereka akan lebih bersedia untuk memberikan dorongan relevan.



"Ini memperkayakan keseluruhan persekitaran pembelajaran dan memberikan pelajar lebih keyakinan untuk meneroka cabaran hari esok dan mencari penyelesaiannya," ujar beliau.



Guru yang terus meningkatkan kemahiran mereka akan menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar untuk belajar sepanjang hayat, tambahnya.



Lebih 1,500 pemimpin dan pendidik sekolah menghadiri seminar bertema, 'Sekolah Berpandangan Kehadapan, Pelajar Bersedia Hadapi Masa Hadapan atau "Forward-Looking Schools, Future-Ready Students.'



Seminar itu juga menampilkan pendidik yang berkongsi mengenai penyertaan dan pengalaman mereka bekerja dalam industri berlainan atau Teacher Work Attachment Plus (TWA+) .



Program TWA+ yang dimulakan Januari lalu telah berjaya memadankan sekitar 150 pendidik dalam pelbagai sektor termasuk pengilangan, alam sekitar dan perdagangan, dengan 80 guru telah melengkapkan program tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >