Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting fahami ilmu falak bagi atasi kecelaruan

Jun 04, 2023 | 07:28 PM



PENTING bagi masyarkat memahami sedikit sebanyak berkenaan ilmu falak, iaitu kajian saintifik astronomi, kerana ia dapat mengatasi kecelaruan terhadap penentuan tarikh-tarikh dalam Islam seperti menentukan permulaan Syawal dan lain-lain.

Ini lebih-lebih lagi di zaman media sosial, yang mana terdapat kemungkinan adanya lebih banyak maklumat tersebar yang bersifat ‘sensasi’ berbanding yang sahih.

Demikian dinyatakan Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, semasa berucap dalam majlis pelancaran galeri Falak di Masjid Darussalam di Clementi pada Ahad.

Beliau berkata: “Dalam melaksanakan hukum Islam, misalnya menentukan waktu solat, mencari arah kiblat... semuanya memerlukan pengetahuan khusus berkaitan pergerakan bumi dan bulan.

“Ini (penubuhan galeri) merupakan antara usaha untuk kita terus mendidik masyarakat dan membina serta pertingkatkan pemahaman mereka dari sudut penentuan bulan Islam, waktu solat dan sebagainya.

“Ini penting kerana ilmu sahih sajalah sebaik-baik ‘ubat’ untuk mengatasi kekeliruan dan kecelaruan yang kadangkala berlaku pada zaman ini dan disebarluaskan melalui media sosial.”

Antara kecelaruan yang timbul adalah pada 2022 semasa Hari Raya Aidilfitri, yang menyaksikan Singapura menyambutnya sehari lebih lewat daripada negara-negara jiran di Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), pelancaran galeri tersebut adalah sebahagian daripada usahanya dan Pejabat Mufti membina pemahaman mendalam terhadap ilmu falak dan cendekiawan-cendekiawan tempatan yang pakar dalam ilmu falak dalam kalangan masyarakat.

Ini agar masyarakat Islam di sini boleh berasa yakin terhadap keputusan yang dibuat oleh ahli falak sedemikian.

Galeri tersebut mengetengahkan manuskrip yang dihasilkan oleh cendekiawan seperti Kiyai Ahmad Zohri Mutamim dan Ustaz Dr Firdaus Yahya.

Ia memberi penekanan terhadap tradisi dan pendekatan yang digunakan sekian lama dalam menentukan kalendar Hijrah sejak 1974 oleh Singapura.

Sebuah forum bertajuk ‘Kita Hari Raya Haji Bila?’ diadakan sebelum majlis pelancaran bagi merumuskan kaedah yang digunakan dalam penentuan Hari Raya Haji kelak, iaitu berdasarkan kriteria hisab (pengiraan secara matematik mengikut ilmu falak) dan ‘imkan ar-rukyah’ (sama ada anak bulan boleh kelihatan).


Forum itu disampaikan oleh Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafal, dan ahli-ahli falak tempatan iaitu Encik Muhammad Faizal Othman dan Ustaz Dr Firdaus Yahya.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti telah menerbitkan buku dalam Bahasa Inggeris dan risalah dalam Bahasa Melayu yang memperincikan bagaimana Singapura menentukan kalendar Hijri.

Buku tersebut boleh didapatkan secara dalam talian di laman web Pejabat Mufti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >