Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting pastikan rantaian bekalan semikonduktor global tidak terganggu: Gan

Singapura di landasan tepat capai sasaran liputan 5G seluruh negara jelang 2025
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



PERANAN penting Singapura dalam rantaian bekalan semikonduktor global bermakna keyakinan pelabur akan mudah terhakis, sekiranya rantaian bekalan itu terganggu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Beliau menjelaskan bahawa pemerintah telah memastikan syarikat semikonduktor fabrikasi di Singapura dapat terus beroperasi dan rantaian bekalan mereka dapat dikekalkan sepanjang pandemik ini.



Ini termasuk membuka laluan laut dan udara, memudahkan perdagangan barang dan perkhidmatan penting serta memperjuangkan usaha di peringkat antarabangsa untuk membolehkan perdagangan tanpa sebarang hambatan melintasi sempadan, tambahnya.



"Pelaburan baru yang kami dapat tahun ini adalah dividen yang kami perolehi daripada usaha kami tahun lalu untuk memelihara integriti operasi semikonduktor dan rantaian bekalan," katanya.



Encik Gan menambah pihak pemerintah akan meneruskan usaha membangunkan asas yang kuat untuk mengembangkan industri semikonduktor, sebagai sebahagian daripada tujuan yang lebih luas untuk mengembangkan sektor tersebut.



"Sektor perkilangan masih menjadi tunggak utama ekonomi Singapura.



"Oleh itu, Singapura akan terus bekerja keras untuk menarik dan mengekalkan pelaburan terbaik dari syarikat terbaik, dan membangunkan kilang mereka yang paling maju di sini," tambah beliau.



Singapura menjadi pangkalan bagi kemudahan fabrikasi air untuk lima daripada 12 syarikat semikonduktor terbaik di dunia, kata Encik Gan, semasa bercakap di persidangan Semicon 2021: Memperkasakan Negara - 5G dan seterusnya semalam.



Dalam ucapannya, Encik Gan berkata Singapura kini berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasarannya untuk menggunakan liputan luaran mandiri (standalone outdoor coverage) 5G di seluruh Singapura menjelang akhir 2022, dan di seluruh negara menjelang akhir 2025.



Ujian aplikasi 5G juga sedang berlangsung, termasuk di PSA Singapura untuk meningkatkan operasi pelabuhan, dan di Razer dan Singtel untuk memberikan pengalaman permainan awan bermutu tinggi kepada pengguna.



Dengan keperluan itu Encik Gan menjelaskan bahawa industri semikonduktor merupakan pemacu utama dan dapat meraih manfaat daripada pelancaran 5G.



"Kami telah menyaksikan bagaimana permintaan global untuk cip semikonduktor, yang boleh ditemui dalam kebanyakan benda, daripada kereta elektrik penjimatan tenaga hingga peralatan diagnostik perubatan yang membolehkan pengesanan Covid-19 yang cepat, telah meningkat sejak setahun lalu.



"Seiring dengan peningkatan pendigitalan, pertumbuhan industri juga akan terus meningkat," tambah beliau.



Dengan itu, Singapura sentiasa bersedia bekerjasama dengan industri semikonduktor untuk memanfaatkan peluang menarik yang ditawarkan oleh sektor yang sedang berkembang pesat ini.



Dalam memperkukuh kedudukan Singapura untuk merebut peluang pertumbuhan baru dalam industri semikonduktor, Encik Gan menambah Singapura akan meneruskan strategi pelaburan penyelidikan dan pengembangan (R&D) yang mantap dan berterusan.



Sebanyak $25 bilion telah diperuntukkan untuk lima tahun akan datang di bawah Rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025, menurut beliau.



"Jumlah ini adalah peningkatan yang besar berbanding rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2020 (RIE2020), dan mencerminkan komitmen kami untuk menyokong syarikat dalam mengembangkan kemampuan dan teknologi baru," ujarnya.




" Sektor perkilangan masih menjadi tunggak utama ekonomi Singapura.



Oleh itu, Singapura akan terus bekerja keras untuk menarik dan mengekalkan pelaburan terbaik dari syarikat terbaik, dan membangunkan kilang mereka yang paling maju di sini.



Kami telah menyaksikan bagaimana permintaan global untuk cip semikonduktor, yang boleh ditemui dalam kebanyakan benda, daripada kereta elektrik penjimatan tenaga hingga peralatan diagnostik perubatan yang membolehkan pengesanan Covid-19 yang cepat, telah meningkat sejak setahun lalu.



Seiring dengan peningkatan pendigitalan, pertumbuhan industri juga akan terus meningkat."
- Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >